Thursday, July 1, 2010

What A Day

Uhuk uhuk (konon). Grok grok grok (betol). Harini hari yang sungguh panjang. Hari yang menyedihkan. Sungguh sedih. Sob sob (konon). Huaaaaar (ni bunyi nangis tau bukan bunyi bangun tido). Pfffffffft. Oh actually demam biasa je. Saje je panjang-panjangkan :p Oleh sebab takde diary ke apa tulisan buruk gila nanti dah besar tak faham pastu buang je, post dekat blog lebih bagusss. Mula dengan tengah hari sebab baru balik sekolah bukak kasut letak beg kat atas tukar baju turun bawah makan pastu main pastu ummm....Lupa dah.

Tengah hari:


Tiba-tiba ada aura nak demam so terus baring kat katil. Bila badan dah panas panas terus cari mama (wajib) dan mengadu. Mama suruh baring dan rehat pastu Hafiiz pun baring. Teringat pesan kekna yang tak boleh pakai selimut tebal sebab nanti...ummm...dah lupa tapi still tak boleh. Tu je yang ingat. So just baring tanpa selimut je. Lepas tu tertidur.




Petang:



Terbangun pastu terus mandi air panas lama lama. Rasa nak muntah so terus get ready. Tunggu lima minit tak keluar keluar lagi. Geram sangat bukak mulut besar besar pastu terus terkeluar. Lepas habis mandi baring baring dulu. Dengar bunyi The Simpson terus ingat Baim dah balik rupanya keknis masih layan The Simpson. Ingatkan keknis dah tak layan sebab dah besar -.-"




Malam:



Penat dah so pergi baring kat bilik. Dengar keknis gelak gelak terus macam nak tengok tapi teridur akhirnya. Daddy kejut suruh tidur depan TV. Hafiiz baring baring je sebab tak ngantuk. Masa tu tengah cerita 999. Rasa nak muntah sangat sebab cerita tu kena concertrate kalau nak tengok tak macam cartoon tapi penat sangat nak ambik control and tukar channel. Masa mama dah balik mengadu lagi demam so mama suruh makan panadol. Susah sangat nak makan sebab Baim and Alisya asyik asyik buat lawak masa tengah nak makan panadol. Tapi berjaya jugak sebab masuk bilik lock pintu baru akan ubat.





Tengah malam:




Dah sihat sikit pastu tolong baim buat coffee paper. Dah habis buat terus update blog kat laptop. Esok pulak Open Day so cepat cepat basuh baju konon nak buat best day ever esok. Setiap hari buat camni. Sampai di sini sahaja coretan saya pada malam ini. Nak tidur dah sebab esok best day ever (nak jugak) kene bangun awal. Lepas tu kene jemur baju pastu iron and sediakan beg dan kunci jam umm umm pastu nak penat kan badan lagi sebab sepanjang hari baring je so tambah kerja ummm kapur kasut mungkin. Ok dah dah bye! (Pastu pastu ummm nak....)