-Berikut adalah entry pendek yang mungkin akan menyentuh hati anda-
BACA.FAHAM.HAYATI.RASA.
Ketika ketua pasukan penyelamat berlutut sedaya upayanya dicelah runtuhan untuk mengangkat wanita itu,Dia mendapati ada sedikit ruang kosong di bawah mayat wanita tersebut. Tiba-tiba, dia menjerit, “ada bayi, ada bayi disini!!” enunjukkan yang dia sudah mati
Lantas seluruh pasukan penyelamat bekerjasama mengalihkan sisa runtuhan disekeliling mayat wanita tersebut. Apa yang mereka lihat ada seorang bayi lelaki yang berusia lebih kurang 3bulan yang berbalut deangan selimut di dalam pelukan wanita tersebut. Ternyata wanita tersebut telah terkorban ketika melindungi bayinya. Ketika gempa bumi berlaku, dia telah menggunakan tubuhnya sebagai perisai pelindung bagi bayinya. Bayi tersebut masih nyenyak tidur ketika ketua pasukan penyelamat mengangkatnya keluar dari celah runtuhan.
Doktor dengan pantas memeriksa keadaan bayi lelaki tersebut dan ketika doctor membuka balutan selimut bayi itu, dia terjumpa sebuah telefon bimbit dan terpampang di skrin telefon tersebut sepotong pesanan bertaip “SEKIRANYA KAMU SELAMAT, INGATLAH BAHAWA IBU MENYAYANGIMU..” Pesanan ini telah dibaca oleh semua orang yang berada di situ, dan mereka semua menangis.
~Sayangilah ibubapa anda dan doakanlah mereka sentiasa~
4 comments:
sedih...besar pengorbanan ibu tu...kat mana lokasi kejadian?
okeyh...
sedih nyer...
SEDIHNYA BACA...bayi tu selamat tak?
sedihnyer.....
Post a Comment