Thursday, October 21, 2010

Show your love

Penat gila harini. Bangun-bangun dengar suara " Hafiiz, nak makan cupcake. Cepat buat icing" Erghhh. Penatnya. Semalam buat cupcake. Tidur kul 1 kalau tak silaplah. Hari ni buat icing pulak. Letih buat cupcake sorang2. Tapi nanti akhirnya kembang idong juga. Best buat cupcake. Semua orang kena try. Hari ni nak bagi resepi cupcake sedap :P Senang je, kita pon boleh buat sendiri tau. Cuma perlukan guide mama sikit -.- Dah dah Hafiiz, nak bagi ke tak nih. Kita bagi steps je malas nak tulis macam dalam majalah tu.




CUPCAKE.



  1. Pecahkan 6 biji telur ke dalam mangkuk (asingkan putih telur dan kuning telur).


  2. Pukul putih telur hingga kembang (jangan ada yang masih tak kembang tau)


  3. Then, timbang butter (300gm) dan gula caster (300gm) lalu masukkan ke dalam mangkuk baru.


  4. Pukul hingga kembang.


  5. Then masukkan kuning telur sedikit demi sedikit ke dalam mangkuk butter dan gula tu.


  6. Pastu letak 1 teaspoon vanilla essence (semasa adunan masih lagi dipukul)


  7. Then, ayak tepung (220gm) dalam bekas yang lain bersama 1/2 teaspoon baking powder dua kali.


  8. Masukkan tepung ke dalam adunan tadi.


  9. Gaul adunan tadi menggunakan senduk biasa hingga sebati.
  10. Masukkan telur putih sedikit demi sedikit.


  11. Pastu boleh masukkan ke dalam paper cup.


  12. Panaskan oven (160 degrees) selama 10 minit.


  13. Kemudian bakar selama 15 minit.


  14. Dah siap.


ICING.



  1. Timbang gula icing (450gm) dan shortening atau lemak sayuran (200gm).


  2. Pukul kedua-keduanya hingga sebati. Campur sedikit air.


  3. Dah siap.




Hehehehe. Nak tahu apa akan jadi? Inilah hasilnya.



Nak tahu siapa yang tulis? Mestilah orang yang nama dia takde kat situ :P

Tuesday, October 19, 2010

Childhood Stories (part 1)

Keknis & us.


Abang & Baim.

Hampir semua orang dalam dunia ni, zaman kanak-kanak mesti best. Hafiiz dulu masa kecik-kecik pon best gilak. Rindu sangat2. Kalau pagi-pagi, nak main ke apa ke, pergi kat satu kabinet ni, panjang sangat. Belakang kabinet tu ada banyak mainan. Mainan-mainan tu terselit sebab kabinet tu sandar ke dinding. So kena korek pandai2. Lepas main letak balik -.- Lagi satu benda yang paling menyeronokkan, game-game yang keknis buat. Game-game besh. Tapi nama satu je ingat. Bandar Halloween.





GAME 1

Setiap tahun masa puasa, kitorang dress up macam hantu, and then beratur nak masuk bilik keknis sorang demi sorang. Masa kat dalam, keknis tutup lampu, pasang lagu stove mainan yang bunyi macam lagu hantu mane ntah, pastu takutkan. Kalau takut dapat gula-gula. Kalau nangis dapat keropok. Kalau tak takut tak dapat apape. Tapi wajib takut atau nangis.




GAME2

Tak ingat sangat, tapi game ni pernah main sekali je. Masa tu pagi, main sampai petang. Kalau tak silap, nama game tu bandar-bandar. Semua orang (Hafiiz, Baim & Abang) jual barang lain2 jenis pastu keknis jadi customer. Tataulah kenapa best sangat. Hafiiz jual VCD, CD, DVD. Pastu ada TV kat kedai Hafiiz. Masa tu paling ingat, tengah pasang Barney ataupun Bananas In Pyjamas. Kedai Hafiiz paling best kot. Abang punya, restoran. Jual biskut tabur gula je. Tu je la menu yang Hafiiz ingat. Kalau tak silap ada roti kot. Baim punya paling sedih, jual tudung, kain2, guna drawer je.




GAME 3

Game ni, taktau apa tujuan dia, tak best pon, tapi best sebab menakutkan je. Keknis pasang cerita hantu maharaja cina dekat depan katil bilik mama. Pastu ambik banyak selimut, comforter, bantal. Guna untuk buat path nak pergi kat perigi depan TV. Perigi tu guna bakul baju. Dalam game tu, kitorang duduk dekat katil sebagai rumah. Pastu bila cerita kat TV tu keluar part hantu, sorang kene pergi kat perigi tu ambik air. Like whattha??? Dahlah kat tepi TV tu ada kabinet panjang yang dijadikan kubur. Dalam drawer kabinet tu, ada doll keknis yang sama tinggi ngan Hafiiz. Doll tu senyum. Ok dahlah mesti kene dua orang. Masa tu takde lampu, ada lampu TV je. Yang geramnya, keknis takyah pergi pon -.-




GAME 4

Baim ngan abang paling tak suka game ni sebab diorang kata tak fair. Kitorang bertiga (Abang, Baim & Hafiiz) masing-masing dapat rumah sendiri. Hafiiz duduk bawah meja makeup. Baim duduk kat couple sofa tapi half je. Kalau tersentuh yang half lagi satu, dikira luar rumah. Abang pulak duduk dalam meja yang diterbalikkan. Diorang kata tak fair sebab Hafiiz punya rumah paling besar. Haih. Takdelah besar. Rasanya sama saiz ngan Abang punya. Cuba bayangkan, bawah meja makeup dan bawah meja makan tapi kecik sikit je. Mana lebih kecik? Pelik oh diorang. Ok. Tujuan dapat rumah supaya Keknis (hantu) tak takutkan. Kalau luar rumah, keknis takutkan. Keknis jadi hantu, pakai bedak ngan kain putih. Pastu kat setiap rumah, ada nama Allah s.w.t. kat dinding rumah. Lagi satu, diorang kata tak fair sebab keknis baik dengan Hafiiz, tak takutkan Hafiiz (hehe tu betul lah). Setiap kali keknis visit Hafiiz keknis bagi kuih bangkit. Paling tak lupa, masa tu Baim ngan Abang nak pegi toilet. Keknis bagi 1 minit je. Masa tu abang dah habis so abang dah balik rumah, Hafiiz tak pegi toilet, Hafiiz makan kuih bangkit :P Tapi baim masih kat toilet. Pastu keknis kira sampai sepuluh, Baim terus lari masuk rumah Baim, tak pakai seluar.



Banyak lagi game, tapi dah penat dah tangan nak type. Tunggu part 2 ye!

Monday, October 18, 2010

Berusahalah.....

Hello semua orang! Hari ini berdebar-debar nak jawab exam. Takpe kalau cakap senang,semuanya senang. Kalau orang lain boleh kita pun boleh. Macam apa yang Syed Muzafar kata. "If I can go out to the space like what I want when I was a child, you can do it too." Paling takut sekali subjek agamalah. Sebab cara ustazah cakap macam susah gila. Tapi kalau cakap senang,semuanya senang. Lepas ni nak tanya abang Hafiizlah camne nak baca doa untuk permudahkan urusan kita. Hihi. Walau apapun Alisya masih mengharap semua orang doakan Alisya supaya berjaya dan dapat A semua subjek. Hari ini macam biasalah asyik baca buku Roald Dahl je. Sebab Alisya suka cara dia tulis. Termasuklah Enid Blyton dan Jacqueline Wilson. Semalam hampir-hampir nak gestrik. Nasib baik abang Hafiiz bagi limau ais. Lepas tu tengok cerita Chapalrela. Hihi. Mama suruh tengok. Haaa! Alisya nak cakap pasal birthday hari itu. Jap ye....



Tadaaaa!!! Ni hadiah-hadiah kiter...


This is the game of concentration


Hish budak debab nih sibuk benar.


Classmates.



Jaguh and Jebat, Me and Elsha, Mysarah and Izzah

(Tapi Jaguh dan Jebat jauh...)



- THE END -



















Phosphorus

Tajuk nak lebih-lebih ohh hehe :p Tadi kat sekolah saje join spelling competition. Oleh disebabkan banyak kawan galakkan Hafiiz masuk competition tu so masuk je lah. Diorang cakap Hafiiz terer spelling ah macam-macam ah -.- Ok. Sumpah nervous macam nak pegi casting ke apa entah, dapat microphone terus baca selawat oh. Then tiba-tiba Master Speller tu, "Your word is....blamelessly", Oh, ok masa hanya 1 minit je. First step kalau Hafiiz nak spell, mesti cari kata dasar dulu. Baru boleh dapat jawapan. Masa tu memang confident gila jawab kann, and I got it right. Fiyuh. Alhamdulillah, sepanjang masa tu baca selawat. Round 2 pulak, dah sikit dah orang. Ramai eliminated :P Semakin takut. Tapi hati tetap kata "Buat apa nak takut oh", then dah tak takut sangat . Round 2 punya word kalau tak silap, communication. Bersyukur sebab dapat paling senang. Lain punya susah oh, contohnya: professionalism, jeopardize, accumulation. Fuh. Round 3 pulak, tinggal 10 orang. Yeay I'm top 10 :) Dapat word , sympathetic. Agak susah ah. Tapi akhirnya berjaya ke final round :D Tinggal empat orang je. Hafiiz duduk tengah sekali. Woah. And semua tak pass final round. Nasib Hafiiz dapat gak number 2 or 3 tak ingat. Diorang bertiga dapat word pelik-pelik ah. And I got the word, phosphorus.

Friday, October 15, 2010

Boring Day

Lama tak update blog. Takpe Monster Jambu diet ok. Firstly, batuk tiga minggu...sebab keknis balik and then semua berjangkit. Tapi masih perlukan pendorongan untuk minum air kosong :p...Secondly,raya tahun ni best tapi tak sempat nak update blog asyik main The Sims 2 jer. Kalau nak tahu pasal raya tengok blog keknis. Thirdly, dapat no.9 dari no.1. Rasa takut pula untuk jawab pksr 2. Tolong doakan dapat A ya!