Showing posts with label Alisya. Show all posts
Showing posts with label Alisya. Show all posts

Tuesday, September 18, 2012

Fabulous diva lah sangat.


                     Semua orang ada kawan baik yang macam 'BFF'.  Because 'BFF' is too mainstream, (Hipstahh puhlease) I called it My Divas. But theres only two person in da Diva List which is:

1. Tiwaa (Atheera)
2. Sofiii (Sofi)

Yeah, they are my two new bestfriends. And they act like divas. Well, me too. COZ WE ARE DIVAS. K.
And they are prettayhh too. They love cats too. They are 9gaggers too. They are crazayhhhh too. We all are the same except...they are standard 5. So I kinda need to guide them. But I don't think they'll loike it. Soo I just partayhh with them. Since UPSR is finished, we will always go to Tiwa's house (not actually). And this T Thursday, I'm going to Tiwa's house with Sofi. I hope it will a crazy blast!
I will post about the visit. There will be pictures too. DONT WORRY.

Oh yeah, maybe you wondered what do they look like? Here's some picture I could find.





This is Atheera a.k.a Tiwa. She is nice, friendly and fabulous.

                   This is Sofi. She is crazy, pretty and awesome.


Them ;)


Us. Me and Tiwa ;)

 

 Them. Again. They are bestfriends. So, I joined the, and we're
                                             divas.

HOW I GET TO KNOW THEM:

       See the word friendly at Tiwa's photo? Yeah, she approached shy me. And then we were friends. Then, one day, she brought Sofi to play with us. And then we're bestfriends. Easy?

We're fabulous.
We're crazy.
We're divas.

   That's why we're friends. Because, we be ourselves and ourselves is da same. I love you guys till death. See ya on Thursday, divas!  Xoxo.

Psst to all readers: Its MERDEKA to me. You knowww...after UPSR. Sooo, I'll be selling cupcakes. Not that sure. But I'll tell you if I will. Mari - mari kapkek! Kapkek! Kbye XD

                                                                                                                                     

Sunday, April 8, 2012

Rugi peminat Kamal Adli yang tak tengok!

Assalammualaikum and hye guys! I knowww. Lamakann kiteww tak update bloggg? Yesh :3 Tahun ini tahun serious. Its timeeeee…for me to change my attitude. As you all know, tahun ni saya ambil UPSR. Fuhh…baru cakap dah nervous. Ohh… busy busy busy..*korek telinga*
And my life is okay. I’m pretty good now. Alhamdullilah. Sooo…recently I went to a theater called “Gerimis Mengundang” Have you guys seen it?!! Best gilewww kannn?!!
Orang yang tak tengok memang rugi wohhhh…. And yang tak tengok tuh..YOU MISSED IT. The theater is fun sebab it is lawak+sedih+musical+menari = Bestttt!!!
Ohh, and jangan risau juga kepada yang dah terlepas sebab filem Gerimis Mengudang bakal keluar! I’m sure its fun too! Tapi tak se-bestt theater. But takpe takpe..We’ll seeee….
Oh..lupa pulak..theater itu adalah lakonan KAMAL ADLI, MIKHA TAMBAYONG dan sebagainyaa.
Ok that is all. Thanks for visiting this blog. Byeeeee!

Tuesday, December 6, 2011

HUJAN GULA-GULA DI SINGAPORE.

Okay. Hyee all. So, sorrrrrryyyyy about the entry I've been trying to publish. But todaay, is the daaayyy. THE DAY I'M PUBLISHINNNGG THEEE THAAANNGG! Ok, jap. Sabar kawan-kawan.


THE BEST PICTURE OF THE TRIPP!



IN THE BUS: On our way to, BREAKFAST. AND Melaka.

Okay, its awkward at first, but not forever.

Ourr breakfast(s) : First Image; Breakfast bawa sendiri.

Okay, bus dah mula nak kecoohh.
She is the one. Asilaah. Miss her right now. Yay! Tahun depan masih sama kelas!

MELAKA ZOO:


Freindss!

Parrot yang sombong.

Owl ni kan, tetiba datang kat kitorang pastu buat gaya comeellllll ini!
Yang ni, sumpah bosan.

So HEBAT.
Pertunjukkan mesti ada. Macam biasa.
Okay yang ni agak scary.

Elephants!! Bring me to the sky with your EARS.
Monkey kat bawah tu comell kott.

Baboons. -___-

Ok, so cute!

Crocs.

Ok, so macho. Amagaadd nak belaa!

Ok, yang ni Alisya tak tahu dia tengah jilat apa. :p

I hope I'll be this tall.

NEXT STOP: Menara Taming sari.
Its so fun. Heheheh :B

NEXT STOP: River Cruise Sepanjang Sungai Melaka.


NEXT STOP: Goodhope Hotel, Johor Bahru.

Packing, Mandi, And tidur. Zzzzzz.....

THE OTHER DAY: Universal Studios, Singaporreee.

SINGAPOREEEE!

SHREEEKK!
Rollercoasterrzzz!!!!!
And goodbyee Singaporee. See you again. Next time. I'll bringg my familyy.

That's all for toddaayy.. Toodles.

p.s: NUMBER 4 IS NOT MY LUCKY NUMBER.

Saturday, October 8, 2011

Warna-warna HZ.

Hi, harini adalah best day untuk seseorang ini. Dia adalah warna kehidupan saya. Tanpa dia, hidup saya macam cerita P.Ramlee je....Dia ialah...jeng...jeng..jeng... Hanis Zalikha!!!!

Happy Birthday to you,
Makan ubi kayu,
Cium pipi kamu,
May Allah bless you.

Happy Birthday Keknis!
May Allah bless you!
Hope you have the best dayy!!!
Keknis, sorry kalau Alisya buat salah.
Lalalala~ Byee~ Xoxo.
Always love you and forever will. <3

Monday, September 26, 2011

Baca, jika anda seorang manusia.

Assalamualaikum semua,

Nak share something ni. Baca. Faham. Rasa.

*Pesanan : Belajarlah menghabiskan pembacaan sehingga titik akhir. Itu ciri manusia berguna.

Gambaran Hari Kiamat

...

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain

Friday, April 8, 2011

My Imagination.

Okay. Hi everyone! Lama tak cakap pasal Monster Jambu. Mengikut imaginasi saya...tingdingdingting(bunyi berfikir)




Monster Jambu is very friendly.Bila dia jumpa orang dia akan cakap 'Hai' lalu memberi lolipop perisa Cherry. Dia tinggal kat dalam Swamp. Setiap hari dia akan bangun pukul 8:00a.m. Bantal dia mesti basah sampai lenjun sebab air liur dia banyak gila dan warna merah sebab makan lolipop strawberry. Dia tak suka perisa cherry sebenarnya, sebab tu dia bagi kat orang lain. Setiap hari dia akan beli lolipop Cherry and Strawberry. Dia beli Cherry sebab dia tak nak Perisa tu terus wujud. Pastu setiap malam dia tidur pukul 12:00a.m. Sebab dia tengok bintang kat luar. Favourite cartoon dia adalah Spongebob Squarepants. Dia tengok satu episode berulang kali. Episode tu adalah episode Patrick ada Hidung. Bila sampai part Patrick ada hidung, dia gelak sampai 2 jam. Kalau shopping, dia paling suka shopping dekat One Utama. Sebab mall tu je yang dia muat. Dia ada dua gigi sahaja. Mata dia besar gilaa. Ada orang yang takut dengan dia. So kalau dia stress sebab orang takut dengan dia, dia akan menangis dalam store dan baling semua barang selama 2 jam. Dia paling suka nombor 2. Kalau dia beli lolipop atau apa-apa, total dia Rm2 nanti dia akan melompat-lompat. Pastu dia beli lagi sampai harga tu, tukar jadi RM20. Pastu kalau dia berada di dalam gambar dia mesti buat tanda 'peace'. Dia pandai cooking. Tapi dia paling suka buat pancake. Dia tak makan dengan maple syrup tapi dengan strawberry. And dia akan bentukkan pancake bentuk strawberry. Tu je kot. Ok bye.

Monday, December 27, 2010

Hari ini birthday mama.

Hari ni hari yang paling istimewa dalam tahun ni bagi Mama. Tanggal 28 December 2010. Birthday Mama adalah birthday yang paling special dan paling bisik-bisik 'bapis mana hadiah cepat lah sini jangan bagi dulu'. Lol. Kalau masa birthday Mama, kitorang plan je mesti mama tau. Tapi kalau keknis atau kekna yang plan, tak kecoh macam kitorang cakap depan-depan orang. Tahun ni kitorang semua last minute (kecuali Alisya -.-) so kitorang plan buat wish kat Mama melalui blog. Tak buat kad sebab save environment konon gila padahal selalu guna kertas lukis cartoon salah sikit terus buang -_- Selalu bila birthday Mama kitorang buat card je takde hadiah pun. Tapi birthday Mama selalu kitorang macam bersedia gila. Tapi tak pernah buat surprise. Kalo keknis plan slalu best dan suprising gila. Tahun lepas pun camtu. keknis plan pastu kitorang tukang sign card je lol.


Hafiiz: Happy Birthday Mama! Semoga panjang umur dan diberkati. Hehe :p Tahun ni sangat last minute Alisya je ingat pastu dia bagitahu dalam kereta. Hadiah? Adalah...Tapi tak beli lagi :P Birthday Mama kalau nak beli hadiah kena harapkan daddy atau kekna drive je kalau tak homemade lah kann huhu. Mama, smile always, be happy, I love you mum >



Alisya: Happy Birthday Mama! (Pilih warna coklat sebab warna favourite mama)Lawl. Semoga panjang umur, murah rezeki, banyak tempahan kek, diberkati ALLAH S.W.T. Hope this is the best day for mama and hope you will remember this day forever. I luv u so much. 1 Mum 2 love 3 wishes 4 you. I love you. I love you. I love you. You.




Khairi: Happy Birthday Mama!!!Semoga panjang umur, murah rezeki. I love you so much!!!!Teruskan menjadi ibu dan home maker yang amat terpaling superb sekali di dunia!!!I love you!!!



Imran :



Pernakah kau menemui seseorang yang sanggup mengadai nyawanya hanya untuk kau?seseorang yang sanggup menghabiskan masanya hanya untuk kau?seseorang yang sanggup menyakiti dirinya hanya untuk menyelamatkan kau?seseorang yang sanggup bekerja keras hanya untuk kepentingan kau?seseorang yang sanggup menyusahkan dirinya hanya untuk kehidupan kau?seseorang yang sanggup menanggung keperitan hanya untuk lihat kau gembira? seseorang yang sanggup mempertahankan kau walaupun kau hanya disakiti melalui kata-kata?seseorang yang sanggup melalui segala cabaran hanya untuk kemahuan kau?seseorang yang tidak akan jemu dengan diri kau?seseorang yang begitu sayangkan kau sepenuh hatinya?
ITULAH IBU!


Im nak wish happy birthday yang ke 44 dan smoga mama lebih panjang umor dan dimurahkan rezeki.And sori kalau Im pernah menyakiti hati mama,melawan cakap mama,meninggikan suara dgn mama,x buat ape yang mama suruh.
Luahan hati Im.