Monday, September 7, 2009

Tentang Ramadhan Bersama Hafiiz

Hello semua yang sedang membaca belog saya. Hari ini kitorang dah aktif balik untuk blog (haha). Esok sahur apa ye? Harap-harap yang boleh tahan sampai buka sebab hari tu Abg Hery datang pastu kitorang dua (Hafiiz dan Alisya) dah penat gila.Tak tahan dah (tapi puasa tetap puasa nanti tak dapat duit raya. hoh).

Tak sabar nak raya sangat-sangat sebab jiran sebelah ajak main bunga api. Best tapi masa tu cam malu-malu. Hehe. Sekarang Hafiiz dah biarkan restoran Hafiiz kat Facebook Games tu. Sebab susah nak loading. Kadang-kadang je dapat.

Ingat lagi persiapan raya tahun lepas lepas yang sungguh meriah. Masa tu buat dodol setengah kuali besar. Abang Hery,Abang Syafiq, Kak Iz, Kak Marlisa turut membantu kitorang semua. Kitorang buat dodol tu malam sebab nanti angin ganggu api. Pagi-pagi buat ketupat dan masak rendang.

5 THINGS THAT I LOVE TO DO BEFORE RAYA :

  1. Main bunga api
  2. Tolong mama masak rendang
  3. Bukak kedai kuih raya (Sebab banyak tempahan)
  4. Pergi beli baju raya ,kasut raya ,lampu raya
  5. Pasang lampu raya bersama kakak Hanis (tahun lepas begitu)

Kitorang tengah renovate rumah so rasanya tahun ni tak raya kat sini kot. T_T. Tapi kat kampung johor seronok sebab kitorang boleh main dengan saudara-mara kitorang. Kat sana mercun dia cekik darah betul. Mercun bola dia dah lemau . Masa tu hakim try pastu bunyi sikit je. Tapi kami masih ingat semua keseronokan di sana. Ok sampai di sini saja. Saya nak menikmati samosa di tepi saya ni. Byeeeeeeeeeeee.

3 comments:

Hanis Zalikha said...

hahaha mercun bola lemau. damnn.

IM COMING BACK THIS WEEKEND! PASANG LAMPU RAYA TIME!

Owners of Monster Jambu said...

tapi tak raya kat sini.... T_T...nak classie pandan!!!!!!!!!!!!!!!!!! tak sabar nak raya!!!!






Love,
Hafiiz

Macham Iz Punye said...

ahhh nak kacau dodol lagi, boleh swimming dalam dodol lagi sebab kuali besarrrr sangat