Thursday, October 21, 2010

Show your love

Penat gila harini. Bangun-bangun dengar suara " Hafiiz, nak makan cupcake. Cepat buat icing" Erghhh. Penatnya. Semalam buat cupcake. Tidur kul 1 kalau tak silaplah. Hari ni buat icing pulak. Letih buat cupcake sorang2. Tapi nanti akhirnya kembang idong juga. Best buat cupcake. Semua orang kena try. Hari ni nak bagi resepi cupcake sedap :P Senang je, kita pon boleh buat sendiri tau. Cuma perlukan guide mama sikit -.- Dah dah Hafiiz, nak bagi ke tak nih. Kita bagi steps je malas nak tulis macam dalam majalah tu.




CUPCAKE.



  1. Pecahkan 6 biji telur ke dalam mangkuk (asingkan putih telur dan kuning telur).


  2. Pukul putih telur hingga kembang (jangan ada yang masih tak kembang tau)


  3. Then, timbang butter (300gm) dan gula caster (300gm) lalu masukkan ke dalam mangkuk baru.


  4. Pukul hingga kembang.


  5. Then masukkan kuning telur sedikit demi sedikit ke dalam mangkuk butter dan gula tu.


  6. Pastu letak 1 teaspoon vanilla essence (semasa adunan masih lagi dipukul)


  7. Then, ayak tepung (220gm) dalam bekas yang lain bersama 1/2 teaspoon baking powder dua kali.


  8. Masukkan tepung ke dalam adunan tadi.


  9. Gaul adunan tadi menggunakan senduk biasa hingga sebati.
  10. Masukkan telur putih sedikit demi sedikit.


  11. Pastu boleh masukkan ke dalam paper cup.


  12. Panaskan oven (160 degrees) selama 10 minit.


  13. Kemudian bakar selama 15 minit.


  14. Dah siap.


ICING.



  1. Timbang gula icing (450gm) dan shortening atau lemak sayuran (200gm).


  2. Pukul kedua-keduanya hingga sebati. Campur sedikit air.


  3. Dah siap.




Hehehehe. Nak tahu apa akan jadi? Inilah hasilnya.



Nak tahu siapa yang tulis? Mestilah orang yang nama dia takde kat situ :P

18 comments:

Preloved Shop said...

wah boleh jadi chef nanti!!

imanamani said...

okeh.... tabik spring..coz..the cupcakes...very the tomey...

JayteaAbdul said...

oh my gucci! these was so fantastic. how come a boy like ya ever clever with all tis stuff?

i wish my lil bro 'll be like you and treat me nicely. -_-"

mapieceofart said...

aww.. this is so sweet, dik... tapi kenapa hafiiz letak semua icing hijau? pening jap baca... hehe...

Aidaalifah , said...

waahh! pandainya (;

farah si monster said...

comel jek! hafiiz! nak order boleh?? hihi xD

missrivebell mumun said...

hebatlah..

ishiko said...

comelnyee cupcake tu... hhuuhuhuu..

dayangredzuan said...

wow...sedap..
nk ikut mcm blog ur mom ek..letak resepi..
bagus kecik2 dah pandai masak2

Eika Azis said...

salam hafiz... brape byk butter nk guna? putih telur nk gune bile eh? pandai hafiz buat cupcake.. =)

Siti Nornadiah said...

i nak try buat..:)

thank you!

Cik Tudung Merah said...

hafiz, tepung tu berape lak beratnye? tak dinyatakan sekali pun

diba yusup said...

awesome, nanti cuba resepi ni

AKU CHUN said...

Bagus nye budak nie..

Tuan Din said...

Hafiz betl2 buat abg teringatkan zaman kanak2 dulu... selalu tolong mak abg prepare barang berniaga... Good Boy!!! one day u will be somebody... belive me!

Misz-ella said...

haha .. sedap .. sedap. Auntie dh try ari tu. Berbakat la hafiz ..

Zeera Lana said...

woahh..
nak ikot jejak ur mom
btw,nk try resipi hafiiz la
heheheh :)

MAMAYIYEN said...

wah! 1st time baca blog adik hafiz..selalu baca blog keknis hafiz jer..
macam baca diary kita masa kecil2 dulu.. nanti akak try buat cupcakes tu dan bagi tgk hafiz hasilnya k..