Thursday, November 19, 2009

UPSR Result Day.


The pupils wait.

Waiting for results in many ways.

Some wait patiently.But some wait anxiously.

The pupils sing the school anthem for the last time.

Then the results arrived..




Im dipanggil untuk ambil slip dari guru besar.

pastu Im salam dia dan tengok Im dapat result....




Im menjerit kegembiraan.

Im menjerit sekuat hati.


Sepanjang hari tu Im tersenyum dan berasa sangat gembira...



Tiba-Tiba Mann:


Im tak menangis masa dapat tahu im dapat 5A.

Sunday, September 27, 2009

Facebook

hi, readers.

"Facebook, you're too young to have one."

camtu lah yang kak hanis cakap bila kitorang nak buat account facebook.

tapi satu hari kak liana main kat bilik kitorang,kitorang terus join sebab nampak game2 BEST.

Facebook buat kitorang jadi addicted....

Sampaikan saya,lagi 4hari nk upsr pon masih main macam tak sedar diri.

OK,here's wat I do.I complete a list to list out the advantages & the disadvantages of having a facebook account...

Let's start with the disadvantages:

i.merosakkan mata


ii.menjejaskan kesihatan bagi yang tidak seimbangkan


iii.merosakkan bahasa(mengguna kependekkan perkataan, contoh:ko gi mne td?)


iv.kalau geram kat FB,kita akan terguna 'bad words' dan terbiasa,sampai . terbawa-bawa.


v.akan membawa sampai ke tahap max. yang dimana akan membazir eletrik dengan berlebihan.


vi.menjejaskan pembelajaran.


vii.boleh mengakibatkan pergaduhan sebab nanti berebut sape dpt pc dulu.


sekarang im nak bagitau 'advantages of having a facebook account'.


i.boleh melatih untuk menaip dengan lebih laju(supaya senang bila dah kerja)


ii.memudahkan kita untuk berhubung dengan yang lain.


iii.dapat entertain diri bila stress atau boring dengan main game di facebook.


iv.dapat belajar tentang komputer apabila kita menggunakannya.


Pastu facebook ade...."grafiti"...an application that let us to draw with great effects.

let me show you the way they draw using grafiti...


(please change the speed to maximum speed)

press the play button to watch how they draw....






















sekarang im tunjuk lukisan orang lain yang memang cantik bagi im...

comel gile gambar ni....



superb







excellent drawing







memang nampak real














comel gile kasut ni....









nampak real giler...






nampak real







yang ni paling nampak real giler giler...







ni pon nampak real gile...






ni sangat terperinci sebab tu im suka...






playing with your wonderful mind.












memang lah korang fikir dorang guna some type of machine to draw those wonderful pictures.tapi still memang cantik...


and now i will show my drawing...


hehe.....


TibA-tiba mann:

im dah mula rasa takut nak dapat result UPSR...





Wednesday, September 16, 2009

Bad things happens to good people,Good things happen to bad people

Good morning everybody (read it in the morning :p). Lambat sikit update sebab hari itu internet takde. Weeee....dah nak raya dah. Sekejap betul puasa sebab ingat apa yang kitorang sahur pada hari pertama iaitu Ayam masak kicap. Tapi pedasnya sampai teringat-ingat sebab masa tu hafiiz tak berapa lalu. Nanti raya pergi rumah nenek johor mesti best tahun ni sebab Cik Normah (makcik kitorang) punya anak balik kampung. Setelah lama diorang tak balik kampung. Mesti kalau balik rindu.



Ok today is my birthday and i felt so unhappy yesterday. Memang camtu eyh? tahun lepas pun cam sama je. Haha takpe asalkan hari ni lebih baik daripada semalam. Tapi hari ni tak buat party. Nanti jemu haha (padahal rumah tengah renovate). Mengapa PS2 tak siap service harini??? Mengapa esok??? Kalau camni tak seronoklah takde PS2.



Ok sampai di sini saja. Hah penat tadi lepas sahur tak tidur. Ok byeeeeeee.

Monday, September 7, 2009

Tentang Ramadhan Bersama Hafiiz

Hello semua yang sedang membaca belog saya. Hari ini kitorang dah aktif balik untuk blog (haha). Esok sahur apa ye? Harap-harap yang boleh tahan sampai buka sebab hari tu Abg Hery datang pastu kitorang dua (Hafiiz dan Alisya) dah penat gila.Tak tahan dah (tapi puasa tetap puasa nanti tak dapat duit raya. hoh).

Tak sabar nak raya sangat-sangat sebab jiran sebelah ajak main bunga api. Best tapi masa tu cam malu-malu. Hehe. Sekarang Hafiiz dah biarkan restoran Hafiiz kat Facebook Games tu. Sebab susah nak loading. Kadang-kadang je dapat.

Ingat lagi persiapan raya tahun lepas lepas yang sungguh meriah. Masa tu buat dodol setengah kuali besar. Abang Hery,Abang Syafiq, Kak Iz, Kak Marlisa turut membantu kitorang semua. Kitorang buat dodol tu malam sebab nanti angin ganggu api. Pagi-pagi buat ketupat dan masak rendang.

5 THINGS THAT I LOVE TO DO BEFORE RAYA :

  1. Main bunga api
  2. Tolong mama masak rendang
  3. Bukak kedai kuih raya (Sebab banyak tempahan)
  4. Pergi beli baju raya ,kasut raya ,lampu raya
  5. Pasang lampu raya bersama kakak Hanis (tahun lepas begitu)

Kitorang tengah renovate rumah so rasanya tahun ni tak raya kat sini kot. T_T. Tapi kat kampung johor seronok sebab kitorang boleh main dengan saudara-mara kitorang. Kat sana mercun dia cekik darah betul. Mercun bola dia dah lemau . Masa tu hakim try pastu bunyi sikit je. Tapi kami masih ingat semua keseronokan di sana. Ok sampai di sini saja. Saya nak menikmati samosa di tepi saya ni. Byeeeeeeeeeeee.

Saturday, September 5, 2009

3hari sebelum hari besar(UPSR).

Hi,

Jangan tanya pasal imran dah ready ke belum.I mean like how can you say you are ready?Can you explain it?Can you?Well I can't.

O.k ,
Cita-cita :dapat menggunakan masa yg terluang dengan sangat baik.

1# thing to do after finish the last paper : SHOUT(tapi sedang fikir nak jerit apa)

Larangan before UPSR: facebook.

Harapan : 5A1's.


Dah tanya hampir semua kawan "ko dah ready ke belum".Jawapan 90% belum.

SAYA NAK MOHON RESTU DARI SEMUA ORANG YANG TELAH MENDIDIK.

Sekarang Imran nak mintak sedikit pertolongan dari korang semua.

Nak tanya sekolah berasrama penuh yang mana korang tau bagus sebab Imran nak buat permohonan.JANGAN CADANGKAN MCKK/SULTAN ALAM SHAH/MTD.
LASTLY ,WISH ME LUCK.

TIBA-tiba MAN:Tak sangka kat sekolah Imran ada orang bakar mercun lepas UPSR.




Wednesday, September 2, 2009

Bila Raya?(Sabar Puasa Dulu...)






Assalamualaikum,dan Selamat Berpuasa Pembacaku.Tadi macam ada orang menangis,saya rasa takut rupanya monster jambu yg nangis(menangis kerana lapar).hahahaha!Semua puasa tak hari ini?Kalau puasa baguslah!Saya berdoa agar kamu puasa penuh.Amin.Ok kita teruskan...




Kita kena sabar bila nak raya.Sabar itu separuh daripada iman.Ok,sekarang saya nak cerita tentang apa jadi semasa sahur.Pukul 5:00am bangun sahur(makan apa yg buka semalam)




Kadang2 rasa ngantuk dan kadangkala pula ceria sahaja(ceria pun sbb bangun awal)




Seronok!Saya belum lagi ponteng puasa tahun ini,tapi macam nak ponteng sbb laparlah




Haih...apa nak jadi raya tahun ini mesti best.Eh sabar2.Minta maaf.




Raya ni macam nak bagi Adik-beradik duit raya pulak.hehe.




Kalau puasa rasa lapar saya tidur.Saya terfikir....Kenapa kalau mimpi makanan, kita nak makan je tiba2 terbangun?hmmm...Iwas thinking...Lupakan.










Makanan ni jangan kamu teringin masa puasa.Buka baru makan.Ok.(macam cikgu lah pulak)

Yang ini pun sama tau...


Siapa punya birthday masa raya?Mesti meriah kalau sambut kat rumah.Dan mesti SERONOK!!!


TIDUR! Alamak kena tidur untuk sahur nanti bye.jumpa lagi!

Monday, May 18, 2009

RAMBUT PENDEK


Monster Jambu is now very thin . So i want to feed monster jambu with this entry.



This is my new hair cut. Mum cut my hair . Then ,the next day kakak liana perm my hair .abang im suka style grondo. Abang Hafiiz suka style BooJoo (cipta). Diorang buat kat alisya walau dah pendek. Alisya nak potong rambut sebab bersimpul simpul menjadi sekeping. Ok bye see you next entry.

Sunday, March 1, 2009

Kucing pun ada nama.

Alah hari ni demamlah. Dahlah ada Alser. Redhaaaaaaa je. Esok periksalah. Tapi tak apalah. Taklah susah sangat. Tapi PENULISAN !!! Tolong doakan Hafiiz dapat A dalam penulisan. Oh, terlupa pulak. Ok ni senarai nama-nama kucing yang dipilih untuk diberi nama kepada anak Audi yang baru ni. Ada empat nama kucing melayu dan dua nama kucing inggeris (dua-dua nama ni pun putih. haha).







  1. Dewata Arjuna !!


  2. Dolce Vita !!


  3. Darla Little Rascal !!


  4. Danda Sang Utama !!


  5. Dewi Cinta Kenchana !!


  6. Damak Seri Mersing !!



Ok. Tepuk tangan untuk diri sendiri. Terima kasih semua kerana memberi idea nama-nama kucing semasa post 'Si Bunting'. Bye nak kena makan ubat. ;)



Tuesday, February 24, 2009

Pelik !!!

Kenapa ya ? memang camtu ke ? Hafiiz memang dah lama buat post ni tapi tak publish publish lagi dari bulan lepas. Sebenarnya kat bawah ada post baru yang bertajuk Ken---an Te---da- (Tak nak bagitahu jugak. Ni suprise ((Cheyh2)) ) . Tu je. Heheheheheehehhehehehehehehehe.

Friday, February 20, 2009

Nak Main!


Hafiiz nak main jugak. Boleh kan? Hihihihihhihihihihh. Ok start.



What is your name :
Hafiiz

A four letter word : Horn

A boy's name : Hazim

A girl's name : Hannah

An occupation : Hakim

A colour : Hitam

Something you'll wear :
Hat


A food : Hash Brown

Something found in bathroom :
Handwash

A place :
Hong Kong

A reason for being late : Hafal surah

Something you'd shout : Hei, kamu nih!!!


A movie title : Hancock

Something you drink :
Herbal Tea


A musical group : Hujan

An animal : Harimau

A street name :
Hang Tuah ( Jalan Hang Tuah )

A type of car :
Honda Accord

Title of a song :
Hey baby


Yeay !! dah habis !! Sekarang Hafiiz nak tag
Kakak Hanis. Hihihi.














Monday, February 16, 2009

Hey,guys I am Nur Sarah Alisya I’m from 3 pulai. I want to tell about what I want in my life.I want a new bicycle beacause it is something fun . And if I want to buy colour pencil , my Dad don’t let me because I’ve always lost it.and I want is I want to blog like kakak hanis and also our mom because she is famous so we want to be like hanis and our mom.oh yeah about the bicycle I think my money in the ‘tabung’ i want to use to buy a new bicycle its fun .



This is kakak hanis.
She is nineteen years old.
Please view her blog.hehehe………….




This is my mom and nabil (raja lawak)
She is forty-three years old.
Please view my mom blog too!!!

Surat Kiriman Tak Rasmi


















N0.16, Jalan Kipas 6/1B
Taman Seri Cahaya,
40150 Shah Alam.






Ke hadapan Kakanda Hanis Zalikha yang berada di Segamat, semoga sentiasa afiat dan sejahtera hendaknya.


Kakanda yang Hafiiz sayangi,



Adinda di sini sihat tetapi sibuk dengan bisnes Ais Krim Malaysia dan Tarian Tradisional akan diadakan pada 31 Mac 2009. Tujuan adinda menulis surat ini adalah untuk bertanyakan khabar.



Kami semua di sini sihat walafiat. Alhamdulillah. Bagaimanakah keadaan kakanda sekarang? Saya harap kakanda di sana sihat sahaja. Sebenarnya ada beberapa perkara yang adinda hendak cakap tetapi adinda tidak akan memberitahunya sekarang. Adinda akan memberitahunya bila kakanda pulang nanti.



Bersama-sama surat ini adinda sertakan beberapa keping gambar foto kenangan adinda, kakanda dan kucing. Semoga bingkisan ini dapat mengubati kerinduan kakanda terhadap adinda dan keluarga.



Akhir kata, salam daripada adinda, Adinda Imran, Adinda Alisya, Adinda Khairi, Kakanda Liana, bonda dan ayahanda.



Sekian, terima kasih.


Adindamu,

Hafiizhullah Ariif










Saturday, January 24, 2009

MALAYSIA AIS KIRIM

Kitorang sekarang dah buat bisnes jual Ais Krim Malaysia dekat sekolah sementara nak tunggu Alisya balik sekolah. Kitorang bukak pintu kereta Naza lepas tu jual. Ni baru first time Hafiiz menjual. Dulu Abang Im dengan Kakak Hanis pernah jual dadih kat sekolah jugak masa bulan Ramadhan.

Masa kitorang beli plastik ais krim tu dia tulis MALAYSIA AIS KIRIM.


Satu ais krim tu 70 sen tapi sedaap. Ada banyak sangat perisa. Ada Sweet Corn , Choco Milo , Bandung , Asam Boi , Roseberry , Apple Mapple and Blue Soda. Semua ais krim manis dan segar. Imran yang buat poster ni .
Nak beli tak??

Tiba-Tiba Mann:Monster Jambu sekarang dah kurus sebab kitorang dah lama tak feed dia dengan updates.