Tuesday, December 6, 2011

HUJAN GULA-GULA DI SINGAPORE.

Okay. Hyee all. So, sorrrrrryyyyy about the entry I've been trying to publish. But todaay, is the daaayyy. THE DAY I'M PUBLISHINNNGG THEEE THAAANNGG! Ok, jap. Sabar kawan-kawan.


THE BEST PICTURE OF THE TRIPP!



IN THE BUS: On our way to, BREAKFAST. AND Melaka.

Okay, its awkward at first, but not forever.

Ourr breakfast(s) : First Image; Breakfast bawa sendiri.

Okay, bus dah mula nak kecoohh.
She is the one. Asilaah. Miss her right now. Yay! Tahun depan masih sama kelas!

MELAKA ZOO:


Freindss!

Parrot yang sombong.

Owl ni kan, tetiba datang kat kitorang pastu buat gaya comeellllll ini!
Yang ni, sumpah bosan.

So HEBAT.
Pertunjukkan mesti ada. Macam biasa.
Okay yang ni agak scary.

Elephants!! Bring me to the sky with your EARS.
Monkey kat bawah tu comell kott.

Baboons. -___-

Ok, so cute!

Crocs.

Ok, so macho. Amagaadd nak belaa!

Ok, yang ni Alisya tak tahu dia tengah jilat apa. :p

I hope I'll be this tall.

NEXT STOP: Menara Taming sari.
Its so fun. Heheheh :B

NEXT STOP: River Cruise Sepanjang Sungai Melaka.


NEXT STOP: Goodhope Hotel, Johor Bahru.

Packing, Mandi, And tidur. Zzzzzz.....

THE OTHER DAY: Universal Studios, Singaporreee.

SINGAPOREEEE!

SHREEEKK!
Rollercoasterrzzz!!!!!
And goodbyee Singaporee. See you again. Next time. I'll bringg my familyy.

That's all for toddaayy.. Toodles.

p.s: NUMBER 4 IS NOT MY LUCKY NUMBER.

Tuesday, November 29, 2011

Days of Survival


18 NOVEMBER

Balik rumah, YEAY! Cuti sekolah akhir tahun! Tapi, yang ada kat rumah, daddy je. Diorang belum balik dari Bandung. Daddy pulak busy dengan kerja dia so I guess I'm alone. That's the first day of survival. I thought it would end when they got back from Bandung. But no. Still the same until today. Guess I'm not alone anymore, Baim and Alisya is here to join me!


TODAY (29 NOVEMBER)


Still the same day of survival, where we kids stay home alone, cook ourselves meal to ensure survival. Luckily, Keknis and Abang Hadi bought us food sometimes, so we don't have to cook. Kekna and Boiri also took us to Plaza Masalam to buy Playstation 2 games. Yet, we still feel bored. We planned to go swimming with Kekna and Boiri yesterday, but damn Pusat Akuatik is closed on Monday. So yeah, we're bored. Help us. Lol. To Kekna&Boiri, Keknis&Abang Hadi, we really really appreciate what you guys have done to us :)


Oh yeah, just now, like JUSTTT NOW, Mum got back and brought us pizza!

Saturday, October 15, 2011

Air mata oh air mata




-Berikut adalah entry pendek yang mungkin akan menyentuh hati anda-


BACA.FAHAM.HAYATI.RASA.






Ketika gempa bumi telah reda, sewaktu pasukan penyelamat tiba di sebuah rumah yang telah musnah milik seorang wanita muda.Runtuhan rumah tersebut telah terkena pada bahagian belakang dan kepalanya.


Ketua pasukan penyelamat cuba untuk mencapai wanita tersebut melalui celahan runtuhan tersebut dengan harapan wanita tersebut masih hidup. Namun begitu, keadaan badan wanita tersebut yg sejuk dan kaku m
enunjukkan yang dia sudah mati


Ketika ketua pasukan penyelamat berlutut sedaya upayanya dicelah runtuhan untuk mengangkat wanita itu,Dia mendapati ada sedikit ruang kosong di bawah mayat wanita tersebut. Tiba-tiba, dia menjerit, “ada bayi, ada bayi disini!!”


Lantas seluruh pasukan penyelamat bekerjasama mengalihkan sisa runtuhan disekeliling mayat wanita tersebut. Apa yang mereka lihat ada seorang bayi lelaki yang berusia lebih kurang 3bulan yang berbalut deangan selimut di dalam pelukan wanita tersebut. Ternyata wanita tersebut telah terkorban ketika melindungi bayinya. Ketika gempa bumi berlaku, dia telah menggunakan tubuhnya sebagai perisai pelindung bagi bayinya. Bayi tersebut masih nyenyak tidur ketika ketua pasukan penyelamat mengangkatnya keluar dari celah runtuhan.



Doktor dengan pantas memeriksa keadaan bayi lelaki tersebut dan ketika doctor membuka balutan selimut bayi itu, dia terjumpa sebuah telefon bimbit dan terpampang di skrin telefon tersebut sepotong pesanan bertaip “SEKIRANYA KAMU SELAMAT, INGATLAH BAHAWA IBU MENYAYANGIMU..” Pesanan ini telah dibaca oleh semua orang yang berada di situ, dan mereka semua menangis.







~Sayangilah ibubapa anda dan doakanlah mereka sentiasa~

Saturday, October 8, 2011

Warna-warna HZ.

Hi, harini adalah best day untuk seseorang ini. Dia adalah warna kehidupan saya. Tanpa dia, hidup saya macam cerita P.Ramlee je....Dia ialah...jeng...jeng..jeng... Hanis Zalikha!!!!

Happy Birthday to you,
Makan ubi kayu,
Cium pipi kamu,
May Allah bless you.

Happy Birthday Keknis!
May Allah bless you!
Hope you have the best dayy!!!
Keknis, sorry kalau Alisya buat salah.
Lalalala~ Byee~ Xoxo.
Always love you and forever will. <3

Monday, September 26, 2011

Baca, jika anda seorang manusia.

Assalamualaikum semua,

Nak share something ni. Baca. Faham. Rasa.

*Pesanan : Belajarlah menghabiskan pembacaan sehingga titik akhir. Itu ciri manusia berguna.

Gambaran Hari Kiamat

...

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain

Saturday, August 20, 2011

Who Owns The Fish?

Sejak kebelakangan ni, post kat blog ni semuanya Alisya yang post. Sebab dia je yang ada kat rumah. Hafiiz ngan Baim dua-dua kat asrama. Balik pun 2minggu sekali. So, harini Hafiiz nak share satu riddle yang agak susah. Hafiiz ambil masa 1 jam and at last dapat jugak jawapan dia. Pastu bila check, jawapan Hafiiz betul.



Nak try solve riddle ni? Sediakan kertas dan pen, kalau tak anda akan sengsara...Mari kita mulakan.




Who Owns The Fish?



Einstein's Intelligence Quiz
Einstein wrote this quiz last century. He said that 98% of the people in the world cannot solve the quiz.

There are 5 houses in 5 different colors
In each house lives a person with a different nationality
These 5 owners drink a certain type of beverage, smoke a certain brand of cigar, and keep a certain pet
No owners have the same pet, smoke the same brand of cigar or drink the same drink.
Here's the question: Who owns the fish?
The Brit lives in a red house
The Swede keeps dogs as pets
The Dane drinks tea
The green house is on the left of the white house
The green house owner drinks coffee
The person who smokes Pall Mall rears birds
The owner of the yellow house smokes Dunhill
The man living in the house right in the middle drinks milk
The Norwegian lives in the first house
The man who smokes Blend lives next door to the one who keeps cats.
The man who keeps horses lives next door to the man who smokes Dunhill
The owner who smokes Blue Master drinks beer
The German smokes Prince
The Norwegian lives next to the blue house
The man who smokes Blend has a neighbor who drinks water
With these 15 clues the problem is solvable.


Penat copy paste riddle ni, jawab tau. Rugi kalau tak cuba. Jawapan dia akan diumumkan masa next post nanti.




Tiba-Tiba Mann: Kalau nak tau siapa yang post status, Hafiiz atau Alisya atau Baim, tengok Label post tu.









Monday, June 13, 2011

Sedih.

Sekarang saya berada di SBPI Sabak Bernam. Sedih nak tinggalkan mama semalam. Biasalah, kalau dah dari dulu rapat dengan mak kita, mesti sedih kann. Nak pindah balik ke sekolah harian. Setiap hari rasa rindu kat family. Eh jap, best jugak online kat CC sekolah ni.




Sedih.


Sedih.


Sedih.


Sedih.


Rindu :'(



Nak Balik Rumahhhh T_T

Friday, April 8, 2011

My Imagination.

Okay. Hi everyone! Lama tak cakap pasal Monster Jambu. Mengikut imaginasi saya...tingdingdingting(bunyi berfikir)




Monster Jambu is very friendly.Bila dia jumpa orang dia akan cakap 'Hai' lalu memberi lolipop perisa Cherry. Dia tinggal kat dalam Swamp. Setiap hari dia akan bangun pukul 8:00a.m. Bantal dia mesti basah sampai lenjun sebab air liur dia banyak gila dan warna merah sebab makan lolipop strawberry. Dia tak suka perisa cherry sebenarnya, sebab tu dia bagi kat orang lain. Setiap hari dia akan beli lolipop Cherry and Strawberry. Dia beli Cherry sebab dia tak nak Perisa tu terus wujud. Pastu setiap malam dia tidur pukul 12:00a.m. Sebab dia tengok bintang kat luar. Favourite cartoon dia adalah Spongebob Squarepants. Dia tengok satu episode berulang kali. Episode tu adalah episode Patrick ada Hidung. Bila sampai part Patrick ada hidung, dia gelak sampai 2 jam. Kalau shopping, dia paling suka shopping dekat One Utama. Sebab mall tu je yang dia muat. Dia ada dua gigi sahaja. Mata dia besar gilaa. Ada orang yang takut dengan dia. So kalau dia stress sebab orang takut dengan dia, dia akan menangis dalam store dan baling semua barang selama 2 jam. Dia paling suka nombor 2. Kalau dia beli lolipop atau apa-apa, total dia Rm2 nanti dia akan melompat-lompat. Pastu dia beli lagi sampai harga tu, tukar jadi RM20. Pastu kalau dia berada di dalam gambar dia mesti buat tanda 'peace'. Dia pandai cooking. Tapi dia paling suka buat pancake. Dia tak makan dengan maple syrup tapi dengan strawberry. And dia akan bentukkan pancake bentuk strawberry. Tu je kot. Ok bye.

Friday, April 1, 2011

Talking Toddler

Nak tengok video Arissa berkata-kata?



Hari ni hari yang biasa, takde apa-apa berlaku sangat. Tapi, harini Hafiiz record Arissa cakap mama, daddy, etc. (tanpa pengetahuan mama) Hehehehe :B Sebab nanti kitorang tak sempat post kat blog, mama dah letak dah kat blog dia :( Tak seprais lah camtu.





Sorry sebab video ni horizontal. Anyway, I asked Arissa to say ; Mama, Daddy, Abang, Bapis, Kak Alisya, Kekna, Keknis, Baim, Jago, Mimi, Nini, Nougat, Jebat.



Who's Nini? Click here to see (This is not a pop-up or what).

Tuesday, March 29, 2011

Maybe this would make Keknis come home earlier.


Note to Keknis : Please read this only when you're excited to read. Harap maklum.






Today I'll share with you something that some of you always wanted. It's not like PS3, iPad or something like that. It never gets old. Eh, can get old. It's BIGGG (kinda) and soft. Teka teka teka! :P





Guess what? *gaya keknis*





Walking Hairball!







Meet Nini, a cat who is very shy and humble. And very loyal too :)




Bak kata Keknis: Anjenggembel. Camtu eh eja dia? o.o




Biodata:-



Name: Nini


Nickname: Hairball, Furby, Gucci, Snowbell.


Age: Unknown


Favourite place to hide: In the laundry.




Let's just say, Aunty Asma (our neighbour) punya kawan bought the cat from Russia through Internet. When the cat arrived at Malaysia, she decided to marry Nini with Nougat. So, we are like just borrowing the cat from her to marry her with Nougat.



P/S : Sorry, my grammar sucks ;P






Monday, March 28, 2011

Emo :B

For my friends, teachers and my dear readers <3




Dalam post sebelum ni, Hafiiz ada bagitahu yang Hafiiz dapat tawaran ke Victoria Institution, Kuala Lumpur. I was very happy at first. But then I remembered my friends, my teachers at SMK Seksyen 9. Baru 3 bulan, tapi rasa macam dah setahun. Maybe that's the reason why I love to go to school. Heheh :B

One last thing I wanted to say,

I'll miss you guys:-

  1. My classmates <3
2. Puan Siti Fatimah.

3. Puan Munaimah

4. Puan Marliana

5. En. Zaimi

6. Ustaz Zolkefli

7. Puan Muzaiyanah

8. En. Hakim

9. And all the teachers



-Thank You-



Saturday, March 26, 2011

Indecisive.

Hari ni rasa macam nak jadi gila sekejap. Eh, lama. Boleh dikatakan jugak harini harini yang paling best dalam hidup Hafiiz setakat ni. Heheh :B


Bangun tidur, mama bagi Hafiiz surat tawaran masuk SMK V.I. .


Mama: Hafiiz, gagal :(

Alisya: Anda GAGAL! :p

Hafiiz: Huh? *tengok surat* Eh, kenapa gagal? (tapi surat ni cakap dapat?)

Mama: Ye lah mama gurau je

Hafiiz: Mama macam serious je tadi. YAYYYY! (lol baru nak happy)


Lompat-lompat sampai lupa nak bagitahu Baim. Dah petang baru teringat. Ishh ishh ishh. Then Facebook kejap, heboh-hebohkan kat kawan. Kecoh betul lah d: Mama suruh buat kerja kat dapur. Tapi harini awesome sangat sebab mama bagi tasks yang senang-senang je instead of basuh pinggan, kemas dapur, mop lantai (pernah ke?) .


Malam ni, ada earth hour, so wajib pasang lilin, main dengan Alisya. Tapi kali ni rasa macam taknak. Oh, terpaksa sebab Alisya tengah marah sebab dah 8:30 tak tutup laptop. Perlu ke? Baiklah, jumpa lagi selepas Earth Hour habis.

*******************

Haaa. Haha Hi. Belum habis Earth Hour dah bukak laptop. Apa yang jadi masa Earth Hour tadi? Ok. First, macam biasa excited pasang lilin, letak kat meja makan, ruang tamu, dapur, toilet. Pastu pasang lagu, menari dekat ruang tamu yang dah kemas hohoh. Baru Earth Hour 20 minit, dah takde semangat dah :P Daddy pergi bukak TV, semua dah penat, so I decided to continue blogging :)


Esok Alisya ada recording, Baim balik, so Hafiiz pilih untuk ikut ambik Baim. Padahal lepas ambik Baim, hantar Alisya recording terus :P Last time recording, Hafiiz ikut. It's awkward to nothing there, just watching everyone recording. So, I have an idea, you guys decide. To go or not to go?




Sunday, February 27, 2011

Exam Week

Just a short post coz i'm rushing back to hostle.

This week is exam week.And I haven't started studying yet.
It's because I've been busy with my Sepak Takraw training last week
coz yesterday my school team went for an open comp.But we didn't win.


And wish me luck for the exams.


I'll get back to you guys this weekends.


Bye.

Saturday, January 15, 2011

TEEHEE

Hi nama saya Hafiiz. Saya suka menari. Saya dah buat banyak video tapi tak ada satu pun kat blog saya jadi tidak perlu usaha nak tekan older post ye. Tapi harini saya nak post satu video saya menari. Ia mengambil masa 2 hari untuk siapkan video ni. Penat. Kalau nak tengok video saya yang lepas, ada kat blog mak saya. Ok. Video yang ni tepat-tepat 1 minit. "Apa?! Dua hari buat, satu minit je?!" "Woi! Ingat senang ke?" Haih. Baiklah. Itu saja yang saya nak cakap. Enjoy! ~ Oh! Hampir terlupa. Oleh kerana dah banyak buat video yang sama, kali ni Hafiiz buat double. Tak faham? Tengok je lahh XD






Wednesday, January 12, 2011

Apa jadi bila bilik koperasi buat hal.

Sorry I didn't update for the past few weeks. I've been busy about school, and HOMEWORK. Banyak gila homework bila masuk sekolah menengah -_____- Nasib baik cikgu best-best. One of my teacher dulu ajar Keknis. Puan Siti Fatimah Yaacob :D Keknis cakap dia bestt. And dia selalu tersasul. Today, dia suruh murid baca petikan. Murid tu yang banyak tersasul -.- Cikgu tu garanggggg. Only when anak murid dia degil. Macam kita. Eh eh kita tak pernah kena marah tau *bangga bangga* Oh and today is the best day of the weeeek :D Masa first is seni, dapat duduk sama meja dengan Naqib and Hakim, my best friendd. Then sejarah, cikgu tak datang, biasalah, takda kerja, MAIN!




And tadi kan, kan, kan, kan, kan, kan, kan, kan, kan, kan, kan, Ok dah dah. Hafiiz pergi bilik koperasi dengan Hakim. Beratur panjang macam biasa. Nak beli buku KH sebab esok ada KH. Then kitorang dah kat depan, ahli koperasi tu tengok jam, PASTU AHLI KOPERASI TU KAN, DIA KATA, "Sorrylah dah tutup" Kitorang pun cakaplah, "Hah?! Sekejap je nak beli buku KH je" PAP! Dia tutup. Dia tutup yang benda kelabu tarik-tarik tuh depan muka kitorang. Terdiam. Dalam hati kata, "Takpe, nanti kita jadi ahli koperasi, jangan jadi macam budak tu tau," Huh. Dahlah tulis kat situ, tutup pukul 3:30 p.m. tapi KEJADIAN tadi pukul 3:10 p.m. , Sabo je la.




Then masa GEO, cikgu cakap pasal kompas.



Cikgu: Kalau nak baca kompas, kena letak atas tempat yang rata



Me & Afiq: mmm-hmmm



Cikgu: Bila kamu letak, nanti arrow dia jadi macam bengong-bengong, bangang-bangang sikit kan, pastu....



Me & Afiq: Kahkahkahkah Lol.




Kitorang gelak sampai habis masa. Oh yes, Afiq duduk tepi kita, dia best fwen jugak (semua best friend -.-) Yes, semua kawan best friend kita. Oh ya pastu agama, kena hafal surah Al-Baqarah ayat 1-10. Dulu masa mengaji pun ustaz suruh hafal, so kita ingat sampai sekarang. Thanks Ustaz :) Time balik, ada pulak duit nak beli roti ice-cream. Lol. Tapi murah, RM1 je, saiz macam biasa lah.




PASTU KAN HAFIIZ BALIK KAN, NAMPAK KUEY TEOW GORENG MAMA. Sedap. Dap! Lol keknis lol. Sorry tak ada gambar sebab kita makan dengan lahapnya. Eh macam pontianak kat TV lah pulakk. Tapi tak tahu kenapa bila pergi sekolah macam taknak balik je. Entah lah kan. Bagus lah macam tu kann?

Saturday, January 8, 2011

V.I [part 2] -Form 2-

Lol.

Anyways ,school just started.Well ,it's been a week.

A boring week.

An exhausting week.

A stressing week.

An indecisive week.

A learning week.

Okay.It's been like that.But somehow it's been an Interesting Week.It's because some classes got some Un-fun/Uninteresting/unwanted/not-a-favourite/Hated teachers.lol.
But not my class.It's been the best class yet.Every teacher that teaches my class is Awesome.Alhamdulillah.


I'm quite exhausted,indecisive,stressed thinking of the choices I should make.

Pressure.

What should I play.

Takraw.

Bowling.

Ping-pong.

Badminton.

And what should I be doing.

Scouts.

KadetRemajaSekolah.

Taek-Kwan-Do

Karate-Do

What should I join.

Drawing-art.

Robotik.

RakanMuda.

What should I be.

A librarian.

A journalist.

A photographer.

A writer.


And living in asrama makes it hard.Even harder.Peer-pressure.I think.

Having to make the right choice.

Not being a laughing stock.

Not being hated.

Not being isolated.

Not being UNWANTED.


And having juniors is very hard.Have to shape them well.To teach them.To make them respect.
To make them friends too.To make them believe.

Well,being in Form 2 is hard.To balance everything.

Academic.

Co-curriculum.

Personality.

Emotions.


But hey,life's a challenge.Just face it.And make smart choices.


Tiba-tiba Mann :

I've been planning to Vlog a little because some things can't be explain by writing.lol.
Just wait for my next Vlog update.

Saturday, January 1, 2011

Kereta Kucing Brand Audi

Audi. Seekor kucing. Yang sangat gebu. Walaupun dah kerepot. Tapi. Maksud nama Audi ialah kesayangan. Dan sebab itu saya nak belog pasal Audi. Sebab kalau korang perasan Audi punya kaki gebu gila. Nak tengok? Mana boleh. Hahahaha!!!


Apa pandang ?!


Audi: Can I kiss you?
MiuMiu: Maybe a little.

Itulah kisah-kisah Audi. Tapi Audi tak banyak gambar macam Mimi. Mungkin diorang musuh. Taklah musuh ketat Mimi adalah Suri.Tapi Suri tetap coool. Macam anak dia yang bernama Marvel dan hensem ini...


I tengah tangkap butterfly


I tengah potong rumputlah!!

Hahaha. Daddy yang selalu potong rumput bukan Marvel. Marvel: Apa masalah ko Alisya?!!!
Oh ok Marvel saya paham. Ergh Marvel suka marah. Mesti saje buat muka comel kat reader masa tangkap butterfly.

Kesian Audi orang tengah cerita pasal dia tapi sampai ke Marvel pulakkk!! Nampaknya Alisya banyak membuat masalah di sini. OK. Back to Audi. Kadang terfikir sesuatu pasal Audi. Walau dah tua tapi macam muda. Audi: Saya rasa muda sikit. YES Audi cakap akhirnya!! Audi guna apa untuk kekal muda? Audi: Tanya Mimi.

Hahahaha! Itulah dia Kereta Kucing Brand Audi. Bunch of cats 2011!!!!