Monday, December 27, 2010

Hari ini birthday mama.

Hari ni hari yang paling istimewa dalam tahun ni bagi Mama. Tanggal 28 December 2010. Birthday Mama adalah birthday yang paling special dan paling bisik-bisik 'bapis mana hadiah cepat lah sini jangan bagi dulu'. Lol. Kalau masa birthday Mama, kitorang plan je mesti mama tau. Tapi kalau keknis atau kekna yang plan, tak kecoh macam kitorang cakap depan-depan orang. Tahun ni kitorang semua last minute (kecuali Alisya -.-) so kitorang plan buat wish kat Mama melalui blog. Tak buat kad sebab save environment konon gila padahal selalu guna kertas lukis cartoon salah sikit terus buang -_- Selalu bila birthday Mama kitorang buat card je takde hadiah pun. Tapi birthday Mama selalu kitorang macam bersedia gila. Tapi tak pernah buat surprise. Kalo keknis plan slalu best dan suprising gila. Tahun lepas pun camtu. keknis plan pastu kitorang tukang sign card je lol.


Hafiiz: Happy Birthday Mama! Semoga panjang umur dan diberkati. Hehe :p Tahun ni sangat last minute Alisya je ingat pastu dia bagitahu dalam kereta. Hadiah? Adalah...Tapi tak beli lagi :P Birthday Mama kalau nak beli hadiah kena harapkan daddy atau kekna drive je kalau tak homemade lah kann huhu. Mama, smile always, be happy, I love you mum >



Alisya: Happy Birthday Mama! (Pilih warna coklat sebab warna favourite mama)Lawl. Semoga panjang umur, murah rezeki, banyak tempahan kek, diberkati ALLAH S.W.T. Hope this is the best day for mama and hope you will remember this day forever. I luv u so much. 1 Mum 2 love 3 wishes 4 you. I love you. I love you. I love you. You.




Khairi: Happy Birthday Mama!!!Semoga panjang umur, murah rezeki. I love you so much!!!!Teruskan menjadi ibu dan home maker yang amat terpaling superb sekali di dunia!!!I love you!!!



Imran :



Pernakah kau menemui seseorang yang sanggup mengadai nyawanya hanya untuk kau?seseorang yang sanggup menghabiskan masanya hanya untuk kau?seseorang yang sanggup menyakiti dirinya hanya untuk menyelamatkan kau?seseorang yang sanggup bekerja keras hanya untuk kepentingan kau?seseorang yang sanggup menyusahkan dirinya hanya untuk kehidupan kau?seseorang yang sanggup menanggung keperitan hanya untuk lihat kau gembira? seseorang yang sanggup mempertahankan kau walaupun kau hanya disakiti melalui kata-kata?seseorang yang sanggup melalui segala cabaran hanya untuk kemahuan kau?seseorang yang tidak akan jemu dengan diri kau?seseorang yang begitu sayangkan kau sepenuh hatinya?
ITULAH IBU!


Im nak wish happy birthday yang ke 44 dan smoga mama lebih panjang umor dan dimurahkan rezeki.And sori kalau Im pernah menyakiti hati mama,melawan cakap mama,meninggikan suara dgn mama,x buat ape yang mama suruh.
Luahan hati Im.

Saturday, December 25, 2010

Donuts with Glaze Recipe.


wushhh name tajuk post nak gempak ajer!lolz.


Tapi betul larh post nie memang post


Chef Imran's Cooking Corner
pastikan anda mencuba semua resepi yang anda belajar(mood kecoh)


Hari nie Im nak tunjuk korang camne nak buat 'Fluffy Donuts with Glaze' dengan penuh terperinci.Post nie memang sangat terperinci,khas untuk orang2 yang hanya akan masak bile...



1-terpaksa masak kerana dipaksa(adik,ibu,nenek,suami,mak mentua.lol)-

or

2-masak benda yang hanya boleh dimakan perut tak rela lidah merasa.lol-

or

3-pergi ke dapur hanya untuk minum air,basuh pinggan selepas makan-

or

4-hanya tahu masak air,nasi,telur-

or

5-Tak pernah nak try 'baking' hanya pandai 'cooking'-



Jika anda tersenarai dalam salah satu perkara dalam list di atas,anda patut belajar memasak dari blog ini!

Since ni post pertama Chef Imran's Cooking Corner.Im patut ceritakan sejarah memasak Im.Dulu,kalau nak masak kat dapur mesti mama x bagi sebab die kata nanti 'KECAH'.so Im hanya akan masak apabila dapur tengah 'KECAH' so xde sebab mama nak kata Im yang kecahkan dapur sebab memang dah kecah. OH BARU KEKNIS TAU TRICK IM!!! (Ok bye, saje sibuk kat draft blog adik).

Lama-lama Im pandai(bajet giler budak nih)ok BOLEH memasak.

Sekarang campak jer resepi basic kat Im mesti Im boleh buat 46.8% lebih sedap(xtra bajet)


OK ENOUGH!



Ni resepi yang korang tunggu sangat tuh!


Donuts with Glaze Recipe

The Donut.

Ingredients :-


1. 6cups of Flour(wheat/bread)
-tepung ikut korang larh kalau korang nak donut macam roti,pakai bread flour-

2. 6tablespoons of sugar

3. 6tablespoons of powdered milk

4. 6tablespoons of shortenings
-lemak sayuran larh-

5. 1teaspoon of salt

6. 2packets of dry active yeast(11oz. each)

7. 400ml of warm water


Methods :-


1. Stir the warm water with the yeast.(add a little flour and sugar while stiring).set aside.

2. Mix together flour,sugar,powdered milk and shortenings in a big bowl.

3. Wait until the yeast mixture turns bubbly.Then add them to the flour mixture.

4. Mix the mixture(using either hand or mixer) until it represents dough.

5. Knead the dough for 10minutes(the longer the softer the dough will be)

6. Rest the dough in another floured bowl(so it won't stick) and cover the mouth of the bowl with damp cloth.Wait until the dough rise double from previous size.

7. Then,shape the dough(either using hand or donut cutter) into donut shape.

8. Fry the donut in medium heat oil until it turns golden.


The Glaze.

Ingredients :-

1. 4cups of sugar(castor/course)

2. 2cups of milk(condensed or whipping cream milk)

3. 1teaspoon of vanila esssence

4. 1tablespoon of salted butter


Methods :

1. heat the milk and the vanila essence in a pan(medium heat).

2. add in sugar when the mixture starts to boil.stir well.

3. then,add the butter.stir slowly.

4. keep heating until it turns quite dense.

5. Lastly,dip the donut(one by one) and put it in a rack.wait for the glaze to harden.

6. ENJOY!





Ok tak Im bagi resepi?Kalau ada masa silalah cuba resepi mudah lagi cepat ini!(bahasa nerd)seriously korang kene cuba resepi ni sebab hasilnya sangat memuaskan.

OH LAGI SATU!kenapa Im kata nak bagi resepi yang terperinci sebab benda camni selalu berlaku!









lol!

Knock knock!

Tergelak-gelak tadi dalam kereta masa main game 'Knock knock jokes'. Sebab lepas main Alisya cerita pasal semalam, dia main dengan Mama, tapi sekali je, masa tu mama tengah makeup dalam kereta.



Alisya: Knock knock!


Mama: .....


Alisya: Mama, cakap Who's there?


Mama: Who's there?


Alisya: ALISYA!


Mama: Knock knock!


Alisya: *giggle* Cakap, Alisya who?


Mama: Dah la dah la.




Bila Alisya cerita benda tu, takleh stop gelak. Mama cute sangat.

Monday, December 13, 2010

HOMESICK!

Cuti ni kitorang rasa sekejap sangat. Alisya kata mungkin sebab ada mengaji kot. Baim kata sebab tak pergi bercuti. Hafiiz pulak kata sebab dah nak masuk sekolah baru! Tingkatan 1, tak sabar gila. Tengah tunggu result asrama. Lagi dua hari! Kalau dapat, masuk asrama SBPI Gombak. Banyak dengar cerita pasal asrama dari abang-abang, sepupu-sepupu dan banyak lagi. Macam best (kot). Sebab boleh buat benda sendiri macam basuh baju, kemas katil, dll. Kalau Hafiiz ngan Alisya dulu tak tau nak main apa, mesti main rumah-rumah sebab suka buat kerja sendiri (kot). -__- pastu boleh buat kawan-kawan baru dan........Best. Kalau tak dapat, masuk V.I. macam Baim then apply asrama. Heheh nanti boleh Crash in bilik Baim pastu curi makanan. Ngeh ngeh. Main-main je. Tapi mesti first-first homesick nangis-nangis wajib call mama hari-hari oh. Abang pun masa baru masuk 2bulan call mama nangis everyday (boo abang boo). Lepas tu dah setahun dah taknak balik rumah dah.Whoosh whoosh sombong. Baim pun sama. Lepas ni saya. Baiklah.

Wednesday, November 3, 2010

Diulit Riang,Disalut Hiba.



Tajuk yang agak menjengkelkan itu menandakan cerita tentang persekolahan.

Baru seminggu habis Final Exam.

Tajuk di atas adalah antara soalan yang keluar untuk B.M

Soalannya macam ni,

Diulit Riang,Disalut Hiba(whathe)

Pernyataan merupakan gaya bahasa yang manakah?
A. Simile
B. Sinkope
C. Metafora
D. Paradoks

Manalah kite tahu,kite pon jawablah D.

Soalan senang,Tapi susah.

Mungkin sebab tak belajar.

Tipu.





Mungkin korang belum tahu yang Im dah masuk asrama V.I

Pengalaman macam biasalah.

First2 rindu rumah(sedih)

Lama2 makin suke duduk asrama.

Tapi Im tak suke sebab

Duduk kat asrama sangat merosakkan sahsiah diri.

Sebab budak asrama agak Low sahsiah diri.
Ayat kawan2 Im.


"wey Imran,dulu ko baik tapi skarang dah GANGSTER"

(p/s : bukannye gangster pukul orang cume dah banyak berubah)



Ni semua sebab budak asrama yang telah mempengaruhi diri Im.



Im duduk asrama ni jadi KetuaBilik(dorm)& KetuaBilikPrep.

Tapi memanglah mama masukkan Im kat asrama sebab nak Im ada sikap

LEADERSHIP.

Walaupun warden garang macam singa

Menjerit kat telinga orang,Merotan sini sana.

Terpaksalah layan,padahal bukan salah kite.



Oh pasal ayat "Tipu"(di atas) yang agak tiba2 itu bermaksud

Tipulah kalau Im kata Im tak study padahal Im duduk asrama lebih belajar.

Sebab compete ngan budak paling pandai kat asrama.

Tu jelah Im yang Im nak ceritakan.

Thursday, October 21, 2010

Show your love

Penat gila harini. Bangun-bangun dengar suara " Hafiiz, nak makan cupcake. Cepat buat icing" Erghhh. Penatnya. Semalam buat cupcake. Tidur kul 1 kalau tak silaplah. Hari ni buat icing pulak. Letih buat cupcake sorang2. Tapi nanti akhirnya kembang idong juga. Best buat cupcake. Semua orang kena try. Hari ni nak bagi resepi cupcake sedap :P Senang je, kita pon boleh buat sendiri tau. Cuma perlukan guide mama sikit -.- Dah dah Hafiiz, nak bagi ke tak nih. Kita bagi steps je malas nak tulis macam dalam majalah tu.




CUPCAKE.



  1. Pecahkan 6 biji telur ke dalam mangkuk (asingkan putih telur dan kuning telur).


  2. Pukul putih telur hingga kembang (jangan ada yang masih tak kembang tau)


  3. Then, timbang butter (300gm) dan gula caster (300gm) lalu masukkan ke dalam mangkuk baru.


  4. Pukul hingga kembang.


  5. Then masukkan kuning telur sedikit demi sedikit ke dalam mangkuk butter dan gula tu.


  6. Pastu letak 1 teaspoon vanilla essence (semasa adunan masih lagi dipukul)


  7. Then, ayak tepung (220gm) dalam bekas yang lain bersama 1/2 teaspoon baking powder dua kali.


  8. Masukkan tepung ke dalam adunan tadi.


  9. Gaul adunan tadi menggunakan senduk biasa hingga sebati.
  10. Masukkan telur putih sedikit demi sedikit.


  11. Pastu boleh masukkan ke dalam paper cup.


  12. Panaskan oven (160 degrees) selama 10 minit.


  13. Kemudian bakar selama 15 minit.


  14. Dah siap.


ICING.



  1. Timbang gula icing (450gm) dan shortening atau lemak sayuran (200gm).


  2. Pukul kedua-keduanya hingga sebati. Campur sedikit air.


  3. Dah siap.




Hehehehe. Nak tahu apa akan jadi? Inilah hasilnya.



Nak tahu siapa yang tulis? Mestilah orang yang nama dia takde kat situ :P

Tuesday, October 19, 2010

Childhood Stories (part 1)

Keknis & us.


Abang & Baim.

Hampir semua orang dalam dunia ni, zaman kanak-kanak mesti best. Hafiiz dulu masa kecik-kecik pon best gilak. Rindu sangat2. Kalau pagi-pagi, nak main ke apa ke, pergi kat satu kabinet ni, panjang sangat. Belakang kabinet tu ada banyak mainan. Mainan-mainan tu terselit sebab kabinet tu sandar ke dinding. So kena korek pandai2. Lepas main letak balik -.- Lagi satu benda yang paling menyeronokkan, game-game yang keknis buat. Game-game besh. Tapi nama satu je ingat. Bandar Halloween.





GAME 1

Setiap tahun masa puasa, kitorang dress up macam hantu, and then beratur nak masuk bilik keknis sorang demi sorang. Masa kat dalam, keknis tutup lampu, pasang lagu stove mainan yang bunyi macam lagu hantu mane ntah, pastu takutkan. Kalau takut dapat gula-gula. Kalau nangis dapat keropok. Kalau tak takut tak dapat apape. Tapi wajib takut atau nangis.




GAME2

Tak ingat sangat, tapi game ni pernah main sekali je. Masa tu pagi, main sampai petang. Kalau tak silap, nama game tu bandar-bandar. Semua orang (Hafiiz, Baim & Abang) jual barang lain2 jenis pastu keknis jadi customer. Tataulah kenapa best sangat. Hafiiz jual VCD, CD, DVD. Pastu ada TV kat kedai Hafiiz. Masa tu paling ingat, tengah pasang Barney ataupun Bananas In Pyjamas. Kedai Hafiiz paling best kot. Abang punya, restoran. Jual biskut tabur gula je. Tu je la menu yang Hafiiz ingat. Kalau tak silap ada roti kot. Baim punya paling sedih, jual tudung, kain2, guna drawer je.




GAME 3

Game ni, taktau apa tujuan dia, tak best pon, tapi best sebab menakutkan je. Keknis pasang cerita hantu maharaja cina dekat depan katil bilik mama. Pastu ambik banyak selimut, comforter, bantal. Guna untuk buat path nak pergi kat perigi depan TV. Perigi tu guna bakul baju. Dalam game tu, kitorang duduk dekat katil sebagai rumah. Pastu bila cerita kat TV tu keluar part hantu, sorang kene pergi kat perigi tu ambik air. Like whattha??? Dahlah kat tepi TV tu ada kabinet panjang yang dijadikan kubur. Dalam drawer kabinet tu, ada doll keknis yang sama tinggi ngan Hafiiz. Doll tu senyum. Ok dahlah mesti kene dua orang. Masa tu takde lampu, ada lampu TV je. Yang geramnya, keknis takyah pergi pon -.-




GAME 4

Baim ngan abang paling tak suka game ni sebab diorang kata tak fair. Kitorang bertiga (Abang, Baim & Hafiiz) masing-masing dapat rumah sendiri. Hafiiz duduk bawah meja makeup. Baim duduk kat couple sofa tapi half je. Kalau tersentuh yang half lagi satu, dikira luar rumah. Abang pulak duduk dalam meja yang diterbalikkan. Diorang kata tak fair sebab Hafiiz punya rumah paling besar. Haih. Takdelah besar. Rasanya sama saiz ngan Abang punya. Cuba bayangkan, bawah meja makeup dan bawah meja makan tapi kecik sikit je. Mana lebih kecik? Pelik oh diorang. Ok. Tujuan dapat rumah supaya Keknis (hantu) tak takutkan. Kalau luar rumah, keknis takutkan. Keknis jadi hantu, pakai bedak ngan kain putih. Pastu kat setiap rumah, ada nama Allah s.w.t. kat dinding rumah. Lagi satu, diorang kata tak fair sebab keknis baik dengan Hafiiz, tak takutkan Hafiiz (hehe tu betul lah). Setiap kali keknis visit Hafiiz keknis bagi kuih bangkit. Paling tak lupa, masa tu Baim ngan Abang nak pegi toilet. Keknis bagi 1 minit je. Masa tu abang dah habis so abang dah balik rumah, Hafiiz tak pegi toilet, Hafiiz makan kuih bangkit :P Tapi baim masih kat toilet. Pastu keknis kira sampai sepuluh, Baim terus lari masuk rumah Baim, tak pakai seluar.



Banyak lagi game, tapi dah penat dah tangan nak type. Tunggu part 2 ye!

Monday, October 18, 2010

Berusahalah.....

Hello semua orang! Hari ini berdebar-debar nak jawab exam. Takpe kalau cakap senang,semuanya senang. Kalau orang lain boleh kita pun boleh. Macam apa yang Syed Muzafar kata. "If I can go out to the space like what I want when I was a child, you can do it too." Paling takut sekali subjek agamalah. Sebab cara ustazah cakap macam susah gila. Tapi kalau cakap senang,semuanya senang. Lepas ni nak tanya abang Hafiizlah camne nak baca doa untuk permudahkan urusan kita. Hihi. Walau apapun Alisya masih mengharap semua orang doakan Alisya supaya berjaya dan dapat A semua subjek. Hari ini macam biasalah asyik baca buku Roald Dahl je. Sebab Alisya suka cara dia tulis. Termasuklah Enid Blyton dan Jacqueline Wilson. Semalam hampir-hampir nak gestrik. Nasib baik abang Hafiiz bagi limau ais. Lepas tu tengok cerita Chapalrela. Hihi. Mama suruh tengok. Haaa! Alisya nak cakap pasal birthday hari itu. Jap ye....



Tadaaaa!!! Ni hadiah-hadiah kiter...


This is the game of concentration


Hish budak debab nih sibuk benar.


Classmates.



Jaguh and Jebat, Me and Elsha, Mysarah and Izzah

(Tapi Jaguh dan Jebat jauh...)



- THE END -



















Phosphorus

Tajuk nak lebih-lebih ohh hehe :p Tadi kat sekolah saje join spelling competition. Oleh disebabkan banyak kawan galakkan Hafiiz masuk competition tu so masuk je lah. Diorang cakap Hafiiz terer spelling ah macam-macam ah -.- Ok. Sumpah nervous macam nak pegi casting ke apa entah, dapat microphone terus baca selawat oh. Then tiba-tiba Master Speller tu, "Your word is....blamelessly", Oh, ok masa hanya 1 minit je. First step kalau Hafiiz nak spell, mesti cari kata dasar dulu. Baru boleh dapat jawapan. Masa tu memang confident gila jawab kann, and I got it right. Fiyuh. Alhamdulillah, sepanjang masa tu baca selawat. Round 2 pulak, dah sikit dah orang. Ramai eliminated :P Semakin takut. Tapi hati tetap kata "Buat apa nak takut oh", then dah tak takut sangat . Round 2 punya word kalau tak silap, communication. Bersyukur sebab dapat paling senang. Lain punya susah oh, contohnya: professionalism, jeopardize, accumulation. Fuh. Round 3 pulak, tinggal 10 orang. Yeay I'm top 10 :) Dapat word , sympathetic. Agak susah ah. Tapi akhirnya berjaya ke final round :D Tinggal empat orang je. Hafiiz duduk tengah sekali. Woah. And semua tak pass final round. Nasib Hafiiz dapat gak number 2 or 3 tak ingat. Diorang bertiga dapat word pelik-pelik ah. And I got the word, phosphorus.

Friday, October 15, 2010

Boring Day

Lama tak update blog. Takpe Monster Jambu diet ok. Firstly, batuk tiga minggu...sebab keknis balik and then semua berjangkit. Tapi masih perlukan pendorongan untuk minum air kosong :p...Secondly,raya tahun ni best tapi tak sempat nak update blog asyik main The Sims 2 jer. Kalau nak tahu pasal raya tengok blog keknis. Thirdly, dapat no.9 dari no.1. Rasa takut pula untuk jawab pksr 2. Tolong doakan dapat A ya!

Thursday, July 1, 2010

What A Day

Uhuk uhuk (konon). Grok grok grok (betol). Harini hari yang sungguh panjang. Hari yang menyedihkan. Sungguh sedih. Sob sob (konon). Huaaaaar (ni bunyi nangis tau bukan bunyi bangun tido). Pfffffffft. Oh actually demam biasa je. Saje je panjang-panjangkan :p Oleh sebab takde diary ke apa tulisan buruk gila nanti dah besar tak faham pastu buang je, post dekat blog lebih bagusss. Mula dengan tengah hari sebab baru balik sekolah bukak kasut letak beg kat atas tukar baju turun bawah makan pastu main pastu ummm....Lupa dah.

Tengah hari:


Tiba-tiba ada aura nak demam so terus baring kat katil. Bila badan dah panas panas terus cari mama (wajib) dan mengadu. Mama suruh baring dan rehat pastu Hafiiz pun baring. Teringat pesan kekna yang tak boleh pakai selimut tebal sebab nanti...ummm...dah lupa tapi still tak boleh. Tu je yang ingat. So just baring tanpa selimut je. Lepas tu tertidur.




Petang:



Terbangun pastu terus mandi air panas lama lama. Rasa nak muntah so terus get ready. Tunggu lima minit tak keluar keluar lagi. Geram sangat bukak mulut besar besar pastu terus terkeluar. Lepas habis mandi baring baring dulu. Dengar bunyi The Simpson terus ingat Baim dah balik rupanya keknis masih layan The Simpson. Ingatkan keknis dah tak layan sebab dah besar -.-"




Malam:



Penat dah so pergi baring kat bilik. Dengar keknis gelak gelak terus macam nak tengok tapi teridur akhirnya. Daddy kejut suruh tidur depan TV. Hafiiz baring baring je sebab tak ngantuk. Masa tu tengah cerita 999. Rasa nak muntah sangat sebab cerita tu kena concertrate kalau nak tengok tak macam cartoon tapi penat sangat nak ambik control and tukar channel. Masa mama dah balik mengadu lagi demam so mama suruh makan panadol. Susah sangat nak makan sebab Baim and Alisya asyik asyik buat lawak masa tengah nak makan panadol. Tapi berjaya jugak sebab masuk bilik lock pintu baru akan ubat.





Tengah malam:




Dah sihat sikit pastu tolong baim buat coffee paper. Dah habis buat terus update blog kat laptop. Esok pulak Open Day so cepat cepat basuh baju konon nak buat best day ever esok. Setiap hari buat camni. Sampai di sini sahaja coretan saya pada malam ini. Nak tidur dah sebab esok best day ever (nak jugak) kene bangun awal. Lepas tu kene jemur baju pastu iron and sediakan beg dan kunci jam umm umm pastu nak penat kan badan lagi sebab sepanjang hari baring je so tambah kerja ummm kapur kasut mungkin. Ok dah dah bye! (Pastu pastu ummm nak....)






Friday, June 25, 2010

School and Me

What to talk about?

"Lately,I've always wanted to update my blog with posts about my life in school.Well,there's alot to talk about now.There has been so much things happening in my school."

What about Mid-Term Exam?

"Well,I'm glad that the exam is over(for now).Actually,it has been over since the last two weeks.So now,RESULTS!Well,I don't think I did well in the exams.It's quite dissapointing"

Bahasa Melayu - 69% . gaarrrhhh...I didn't follow the instruction in Penulisan(the last part) and that is the reason I got B.

Bahasa Inggeris - I don't know yet..my teacher haven't give us the marks yet

Science - 75%...Luckily I got A but as the malay said "paras hidung je"

Mathematics - Haven't got the marks yet

Kemahiran Hidup Bersepadu - 87% .yeah.I got the highest marks in my class...my full attention to this subject really paid off

Geografi - 82% . It's okay for me cause I'm not really into this subject

Sejarah - I haven't get the marks yet...but trust me it's really hard


Pendidikan Islam -Haven't got yet.

Seni - 79% ...not to brag about but I've never got B/C/D/E in Seni cause I love art ...(the bragging part) What to say,it's in the blood.haha joking


Sivik - Still haven't got it yet.

Pendidikan Jasmani - Still haven't got yet.

Can't wait for the overall result this Tuesday.



What else ?

Nothing actually.SO.bye bye for now.


Where's 'Tiba-tiba Mann' ?

Oh.Sorry for forgetting and thanks for reminding.teehee.so here you go


Tiba-tiba Mann:
Suri(my cat) delivered her babies but they are hidden and we must find it!


Thursday, May 27, 2010

-NotSoRandom-

I'm here right now.

Writing this on account at my dad's office.

I'm not feeling very well right now.

Fever plus Asthma.

Sneezing badly.

Today.

Exam.

Bahasa Malaysia1 and Bahasa Malaysia2

Hard?

Easy?

Medium?

Fine.

Commited to scouts.

VSG/2nd K.L

But today,

No patrol meeting.

Only me and Vallance are commited to

Scouts.

Waiting anxiously to get home.

I want to sleep.

Very tiring

What is tiring?

Almost everything

Classes

Scouts

Homeworks

What a drag...

Tomorrow?

Holiday.

Wesak.

Hooray?

Yes.

Of course

Hooray.


"yesterday was history,tomorrow is a mystery,but today is a gift,that is why it is called
Present"
Tiba-tiba Mann:
Tajuk post nih memerli Keknis oh.Hewew

Tuesday, April 20, 2010

V.I [part1] -Siapa Lee Kuan Yew?-

Finally here.



S.M.K VICTORIA. a.k.a Victoria Institution



Kali ni Im nk cerita pasal First Week Im kat SMK Victoria.


STATUS

Kelas : 1 Kuning (masuk kelas nih sebab ada kawan lama dari b.jelutong -LuqmanNaim-)


Rumah sukan :Lee Kuan Yew-kuning- (masa sekolah rendah pon rumah kuning :D semangat . rumah kuning)

Kelas di Tingkat :4 (setiap tahun camni.dah lali dahhhhh.)

Guru Kelas : Puan Hafisha (dia baru je dpt gelaran Puan.die cikgu sains kelas Im.Dier best cuma dier mungkin x brape nk suke kelas kitorang sebab ade bdk kelas kitorang pernah pecahkan glass slide & beaker kat makmal sains)

SayaJumpa :orang nama sama ngan saya (Ahmad Imran) dier tu kawan luqman tapi skarang kitorang kawan baik sbb kitorang anggap kitorang nih TWINs padahal nama je sama :P)

Permainan :Ping-Pong (first2 Bowling tapi malas nk pegi jalan ke TimeSquare(x jauh sgt cuma about 150metre dri skola)

Badan Beruniform :VictoriaScoutGroup a.k.a 2nd KualaLumpur scout. (bile Im masuk V.I ramai orang dtg kat Im mem-promote UnitBeruniform diorang tapi Im ikut ckp TWIN Im.hehe)

KelabPersatuan : SeniLukis (mula2 KelabRobotik tapi mama kata senilukis lebih bagus)

BahasaPertuturanDiDalamKelas : BahasaMelayu (btol2 mama masukkan Im kat V.I supaya Im ckp English tapi bdk kelas Im x ckp English malah ade yg benci org lain ckp engklish so skarang Im ramai berkawan ngan org yg ckp English termasuklah TWIN sendiri yg mahir English)

Orang2DiSitu :kawan2 best , cikgu2 best(friendly) .


DAH AHMAD IMRAN STOP DENGAN STATUS ITU.

Best skola kat situ cuma memang strict giler ah.Antara peraturannya ialah PREFECT KENE BUKAK NAMETAG & TIE AFTER SCHOOL HOURS KALAU TIDAK KENE MARAH NGAN PREFECT pastu SETIAP HARI ADA 'LINES' UTK PREFECTS CHECK KITORANG ADA KESALAHAN KE X pastu KALAU X TUTUP LAMPU/KIPAS MASA KLUAR KELAS NANTI KENE DC(DETENTIONCLASS)

...oh...kelas Im pernah kene DC sebab x tutup kipas masa pegi rehat pastu dorang(kawankelas) macam kesian kat Im sbb Im baru hari ke2 dh kene DC.haha.pastu sume org nk jadi prefect sbb prefect kt skola tue sgt berkuasa lagipon uniform dorang smart -baju putih long sleeves,tie hitam,belt hitam,seluar putih-

TIba-tiba Mann:

Audi beranak lagi. 3ekor, seekor daripadanya mati
seekor ikut corak DolcheVita,seeokor lagi ikut corak DewattaArjuna,
yang mati tu ikut corak Madhuri. (x tahu akan keluar lagi ke x?)

Sunday, April 18, 2010

Kelas 6 Pulai Terbakar

Puan Azlida marah gila tadi. Sebab ada tiga murid tak siap homework BM. Dua orang tak bawak buku tapi diorang kata diorang siap. Cikgu kata kalau dorang tipu jangan harap nak dapat A untuk BM nanti. Yang lagi sorang tu, selamba giler cakap tak siap. Dia blom tahu siapa Puan Azlida. Kalau dah tau, sure nangis setiap hari. Puan Azlida pun marahlah orang tak siap kerja.



Puan Azlida: Asal ko tak siap kerja aku? Ape masalah ko?

Shazwan: *tunduk*

Puan Azlida: Woi jawablah !!!!

Shazwan: *gulp*

Puan Azlida: Eh ko ni kenape? Aku tanye tak jawab? Ape masalah ko
dengan aku hah?

Shazwan: *mula rasa takut* (hahaha padan muke tadi selamba giler)

Puan Azlida: EEE....BUDAK NIH!!! KANG AKU CEKIK KARANG!!!!
TENGOK BUKU KO!!!!!


Shazwan: *hulurkan buku*

Puan Azlida: Tengok ni....BANYAK KERJA TAK SIAP!!!!! Ko ni nak jadi ape hah?

Shazwan: *semakin takut*

Puan Azlida: NAK JADI APE!!!! HAH??!!!


Puan Azlida pun geram dan terus hentak buku tu ke meja guru. Tak, belum habis lagi, buku tu melantun kene ke muka Hafiiz. Adoi...Shazwan pun terkejut dan menangis (woi, aku yang sakit bukan ko). Nasib tak menangis kuat. Kalau tak, memekik je.


Puan Azlida: Sorry ye Hafiizhullah.

Hafiizhullah: *angguk*

Puan Azlida: HAAA NANGIS SEPUAS HATI KO!!!! AKU BLOM LAGI
LEMPANG!!!!!

Shazwan: *berhenti menangis*

Puan Azlida: Lagi satu, ko dari kelas 6 Angsana naik kelas 6 Pulai kan?
Ko dapat berape A's?

Shazwan: ..............

Nashrin: Dia dapat 4B 1C cikgu.

Puan Azlida: Kan aku dah kata, jangan masuk 6Pulai!!! Pulai ni kan
LEMBAH MAUT!!! Siapa sama kelas dengan Shazwan?

Nashrin & Kamal: *angkat tangan*

Puan Azlida: Dia memang camni eh? TAK SIAP KERJA?!!!

Kamal: Ye cikgu.

Puan Azlida: EEE...BUDAK NIH!!!!!!


Dengan perasaan yang marah, puan azlida pun angkat meja guru dan hentak!!!! Semua terkejut. Hafiiz terkejut gila sebab Hafiiz duduk betul-betul depan meja guru. Lepas tu piala Pertandingan Kebersihan hampir jatuh tapi Amir selamatkan (konon). Cikgu Azlida jerit gila-gila sampai kelas tu jadi gempak giler!!!! Cikgu panas giler sa mpai kelas tu hampir nak terbakar!!! Banyak kelas lain dengar cikgu jerit. Hebat kan kelas kitorang tadi?










Tuesday, April 13, 2010

I Wonder Why...

Perasan tak, kita selalu kalau nak cakap benda yang ada brand, kita akan tercakap nama brand benda tu. Sebab kita dah biasa dengar atau nampak brand tu. Contohnya beras. Dari Hafiiz kecil mama guna brand yang sama. Jarang nak tukar. Kadang kala kita sebenarnya tak tahu nama benda tu yang betul. Kita panggil nama brand je, padahal kita tak tahu nama yang kita panggil tu sebenarnya brand. Contohnya...





1. Maggi- Mi Segera



2. Clorox- Cecair Peluntur



3. Colgate- Paste Ubat Gigi



4. Panadol- Paracetamol



5. Vitagen- Susu Kultur



6. Aji No Moto- Penambah Perisa



7. Pampers- Lampin/Diapers



8. Milo- Choco Malt Drink



9. Cadburry- Chocolate



10. Ribena- Minuman Kordial







Ok. Saya berharap anda semua faham maksud saya. Terima kasih.



Saya Seorang Bongsu

Saya mungkin tak brape yakin dengan janji tu. tapi mungkin saya akan cuba. kemungkinan.oh lg satu saya pelik nape saya slalu ckp tentang post lepas sebelum memulakan post baru??? lupakan. Saya Seorang Bongsu ni sebenarnya tiru tajuk cita kaknis,Cinta Seekor Dewa. haha. kadang2 saya rasa bongsu ni best tapi kadang2 boring. saya akan terfikir kak liana best ke jd sulung.tapi boleh jugak kak liana buat "Saya Seorang Sulung". hihi ! Masa saya 4 thn saya kata kat mama "ma nk adik pompuan" lps tu mama jawab"mama dh thirty something dh tk boleh dh"then..."alahhh"lepas tu saya fikir abg hafiiz best lh sbb,ade adik,sama taraf dengan saya (bongsu jugak).then... saya dngr ade kwn saya ckp sesama sendiri





putri lily:kite nk adik lah boringlah jd anak tunggal.



izzah:kite ade adik laki kite taknak adik pompuan sbb nnti diorang gedik woh!



putri lily:betul! kite pon x suke! best lah awk ade adik laki.



izzah:awk amik lah adik angkat.



putri lily:mmg lah nak amik ni



alisya: nape nape asal asal???



izzah: tak putri nak adik angkat



alisya:owh!




Saturday, March 27, 2010

Baby Bulat

Hi, i’m so sorry cause I don’t feed you little jambu. I promise I don’t do this again. All of you readers, jadi saksi tau pasal janji ini. Now I nak cerita pasal suatu masa dahulu masa I kecil. Bukan kecik. Kecil dia comel sikit ah. Cheh cheh.Kalau you all tengok gamba ni mesti you all kata I gemok. (prasan giler).Tapi sape yg nk prasan gemok? That’s me!





Hihi....

ada banyak lagi gamba yg kite nk tunjuk

.
alisya jgn buat mulut.


mcm selma kat the simpsons.hihi.



kecil kecil dh baling control.

Sbb budak kecil (kene jg.kene ckp kecil. takleh ckp kecik)mmg suke baling benda. Atau tu control mainan. hahahaha. Gemok kan???Masa saya kecil kaknis yg mandikan saya. Dan sah saya suka air. tak caya tengoklah muka happy saya.





Taaaddaaaa!!!!!kan??? gamba yg ini lebih menunjukkan saya suka air



See.I love this pic sebenarnya ada banyak lagi gamba tapi malas nk tunjuk.

Bye! Have a good day lucky girl/boy.And I wanna have some chips. thnx for reading this blog.Thousands of love from, Alisya.





Monday, February 8, 2010

Sekolah Harapan.

semua bakal laluinya tapi apa yang berbeza ialah persediaannya.

adakah anda telah bersedia untuk tempuhinya?

saya kini sudah masuk ke dalam alam remaja.

sekolah disini okay.

cikgu-cikgu best.kawan-kawan best.

TAPI...


Budak cina(perempuan) dari SJKCmanaentah sangatlah 'RACIST'.

Dorang(empat orang) selalu sangat cakap cina.

Dorang selalu pandang kawan Im pastu ejek dalam bahasa cina pastu gelak-gelak-gelak.

Kalau Im pandang dorang nanti dorang ejek dalam bahasa cina.

Im tahu yang dorang ejek Im dalam bahasa cina sebab ChanChiHong bagitahu ape yang dorang kata.

Pastu dorang suka cari gaduh dengan kitorang.

Dorang berkawan sesama sendiri je.



Kelas Im best sebab dapat KELAS PERTAMA so Im kawan ngan budak yang pandai.


Tapi mama nak transfer Im pergi Victoria Institute(V.I).Mama kata sekolah tu bagus.I don't mind getting transfered to another school.Lagipun ini untuk kebaikan Im jugak.



Tiba-Tiba Mann:

Tak sabar nak cuti TahunBaruCina.Korang ada plan nak pergi bercuti kat mana2?

Saturday, January 2, 2010

Billie Jean dan bantal busuk


’Monster Jambu’ adalah ’Monster’ Jawa. Dia selalu cakap jawa sampai semua orang tak faham. Dia ’Monster’ yang giler comel, matanya besar giler




dan dia mempunyai gigi yang tajam dan pada giginya selalu ada ’seaweed’ tersekat ini membuktikan yang dia suka giler seaweed sampai dia digelar ’Monster Seaweed’ sebab takleh panggil dia ’Hantu Seaweed’ nanti dia takut sampai dia tutup badannya dengan tepung.



Lagu yang paling dia suka ialah lagu ’fusion’ Billie Jean dengan lagu Dealova (memang pelik). Sebelum dia baca buku dia akan kata ’WaBaBu’ sebanyak 5 kali. ’




Monster Jambu’ tak suka orang puji dia. Dia suka pakai stokin yang tak sama corak dan pakai jam Ultraman yang beli kat MYDIN.



Dia tak suka pakai baju warna pink padahal warna pink ialah warna kegemarannya.


Dia suka mengumpul sticker. ’Monster Jambu’ ada bantal busuk yang berusia 9 tahun.





Itulah ’Monster Jambu’ saya. –Mr.lemon (Ahmad Imran)